:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

14 October 2008

DG2941 kesudahan yang mengecewakan?


Sumber: Blog 2941

Saya seperti anda, 2941 yang tidak menikmati apa-apa keuntungan setelah bersusah payah meningkatkan profesionalisme keguruan dan tahap pendidikan diri. Pengorbanan kita sememangnya tidak ternilai dan kesannya juga cukup besar kepada dasar KPM untuk meningkatkan bilangan guru berijazah di SM dan SK. Namun akhirnya beginilah nasib kita, akibat terlepas pandang pihak yang diamanahkan untuk menyelesaikan kerugian yang kita alami, maka suara-suara DG2941 masih kedengaran untuk menuntut keadilan dalam perkhidmatan.

Hari ini, saya kutip pandangan dan luahan rasa daripada forum 'Guru Sambung Belajar' dan 'Mari Kritik KPM' untuk direnungkan...


Mon Oct 13, 2008 10:00 AM
akum.saya sebagai guru yang terlibat dalam permasalahan ini sememangnya rasa amat kecewa dengan keadaan sekarang.Perbezaan gaji yang amat ketara dengan rakan2 yang tidak menyambung pelajaran.Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa tapi meminta pembelaan yang sewajarnya dari pihak yang berkaitan.Walaupun guru2 disuruh ikhlas menjalankan tugas namun jauh disudut hati tetap terasa kecil hati dan rasa teraniaya.itu tidak termasuk penerimaan sindirin dan kata2 sinis daripada rakan2 yang tidak menyambung pelajaran.Terasa diri amat bodoh kerana menyahut seruan kerajaan menggalakkan guru2 untuk menyambung pelajaran.Dahlah tiga tahun separuh gaji ditambah lagi hutang piutang sekeliling pinggang.Dahulu,Semasa saya dalam berada dalam dg 29,seringkali saya terasa kerdil bila berkursus berasa bersama-sama guru dg41.Rasa segan timbul kerana mereka ada ijazah, saya pulak diploma.Oleh saya tanam azam untuk berdiri sama tinggi dengan diaorg.Tup2,selepas berjaya mengenggam segulung ijazah,senario beertukar.Sekarang ini saya pulak larikan diri bila berjumpa rakan-rakan lama yg tdk menyambung peljrn.xtahan untuk mendengar sindiran mereka.Kini,saya rasa amat tertekan dengan keadaan ini.Ikhlas sy katakan motivasi dan kendiri saya jatuh menurun.xada lagi keseronokkan dan kepuasan kerja
Penulis :guru kecewa

Mon Oct 13, 2008 1:15 AM
Kerajaan sudah membuat kesilapan paling besar semasa membuat kenaikan gaji dulu yang tidak setara.. Kenaikan 5% untuk guru siswazah.. 10% untuk guru bukan siswazah dan ada golongan yang dapat kenaikan sehingga 25%.... Maka timbullah masalah gaji DG32 yang lebih tinggi dari gaji guru siswazah dan sebagainya.. Setelah membuat tindakan yang maha bodoh itu maka berlumba-lumbalah pula sekarang... pihak NUTP dan sebagainya untuk menutup kelemahan ini.. Macamana korang adjust pun masalah ni tak akan selesai selagi target korang untuk merapatkan jurang perbezaan antara kelas pendidikan... Kalau memang begitula maka terimalah yang gaji guru 32 lebih banyak dari guru DG29 yang melanjutkan pelajaran dan baru dapat DG41... Kalaula memang nak rapatkan jurang betul.. tak ada pula pihak yang mempertikaikan elaun-elaun yang dinikmati oleh DG48 dan DG44 yang secara relatifnya lebih tinggi berganda-ganda dari DG41..
Lagi... bekerja dalam kerajaan yang sama, kelulusan yang sama namun gaji, elaun dan syarat kenaikan pangkat yang berlainan..Pelik..Pelik.. Patutla golongan pendidik banyak yang cuba untuk memilih kerajaan yang lain atas alasan tangga gaji dan syarat kenaikan pangkat mereka yang berlainan dari pekerja kerajaan Barisan Nasional...
Penulis :Bukan Guru BM

0 komen:

Post a Comment