:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

06 October 2008

Kenapa berblog?

Cuti Aidil Fitri ini telah memberi kesempatan kepada saya untuk mengemaskini laman Pendidik. Setelah sebulan tidak dikemaskini walaupun saya selalu menjenguk dan meneliti ruang 'sembang santai'. Sebulan tidak terasa berlalu kerana beberapa tugasan lain yang lebih menuntut tumpuan saya.

Namun dalam proses kemaskini dilakukan, laptop saya menghadapi masalah dan akibatnya semua fail-fail berkaitan tidak dapat dimuat naik. Sudah pasti jangkitan virus! Harap-harapnya segala fail berkaitan dapat diselamatkan."Kita hanya merancang, Allah yang menentukan".


Banyak bahan-bahan berkaitan laman Pendidik dan bahan-bahan peribadi yang tidak dapat diakses. Dalam keadaan sedemikian, akhirnya saya cuba beralih kepada blog dengan menggunakan blogspot. Walaupun usaha awal untuk menghasilkan laman Pendidik dengan menggunakan mysql dan php sedang diusahakan, tetapi saya merasakan laman Pendidik akan semakin tertangguh proses kemaskininya. Justeru, blog merupakan pilihan terbaik ketika ini.

Selain itu, usaha untuk memiliki 'hosting' dan 'domain' sendiri juga sedang diusahakan. Apa sekalipun laman Pendidik akan terus beroperasi dan dikemaskini. Insyaallah dan doa daripada para pengunjung amat diharapkan.

Salam Aidil fitri, maaf zahir dan batin.

0 komen:

Post a Comment