:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

11 February 2009

NUTP minta lagi...macam mana DG2941 yang belum selesai?

Permintaan NUTP agar guru penolong Kanan di sekolah menengah dinaikkan gred amatlah disokong. Walaupun begitu, secara peribadi saya amat musykil dengan permintaan itu kerana beberapa isu belum lagi menampakkan jalan penyelesaiannya. Antaranya isu DG2941, isu pemberian 3:1 (DG2941 ke DG44), isu guru tingkatan 6 dan isu kenaikan gred pensyarah IPG. Ramai yang terlibat masih tertanya-tanya perkembangan dan usaha yang telah NUTP lakukan.
-------
Sumber: Berita Harian Online 8 Februari 2009
NUTP minta selaras gred
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

Martabat guru Penolong Kanan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya gred guru Penolong Kanan di sekolah menengah di seluruh negara diselaraskan kepada gred DG48 sejajar dengan peranan, beban kerja serta tanggungjawab mereka yang berat.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata penyelarasan gred itu bertujuan mengekalkan keseimbangan dalam klasifikasi perkhidmatan berikutan guru Penolong Kanan di setiap sekolah menjalankan tanggungjawab dan komitmen sama.


"Setiap sekolah biasanya mempunyai tiga guru Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Kokurikulum yang memegang gred DG41 serta Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Pentadbiran yang masing-masing memegang gred DG44.

"Kami berpendapat gred mereka perlu diselaraskan kerana mereka bersama-sama memikul tanggungjawab besar membabitkan pencapaian sekolah dan ia tidak perlu dijadikan subjek untuk meletakkan gred berbeza terhadap mereka," katanya selepas melancarkan Tabung Untuk Kanak-Kanak Palestin di Gaza di sini, semalam.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menambah bilangan Jemaah Nazir yang kini seramai 450 orang kepada 1,000 orang selain menaikkan gred mereka yang berada pada DG41.

"Peranan mereka (Jemaah Nazir) amat penting dalam bekerjasama dengan Bahagian Sekolah, selain dari tugas biasa mereka (Jemaah Nazir) membuat penaziran dan menyalurkan cadangan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan profesion guru," katanya.

Langkah itu katanya, penting kerana selain Bahagian Sekolah, Jemaah Nazir juga membantu menangani kes disiplin pelajar.


1 komen:

Anonymous said...

Isu dg2941 dah berkulat,kppk janganlah buat tak reti sahaja,kami warga pendidik dah cukup sakit hati dengan isu ini,5 tahun lagi nak bersara dg44 pun belum dapat lagi,tahun depan,alahai tak merasalah dg48,aku tak tahu apa lagi nak kata,menyesal sambung belajar,pihak lain jangan cuba nak sakitkan hati kami,kalau tak kena batang hidung jangan cakap,duit pinjam sambung belajar pun belum habis lagi,gaji ciput kena bayar hutang lagi.....Menteri pelajaran yang tidak bijak pernah aku kenali...

Post a Comment