:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

27 April 2009

Penilaian Sekolah

Sumber: Berita Harian |27 April 2009|

Guru semakin mudah kesan tahap pencapaian pelajar ikut minat, bakat

CADANGAN kerajaan menstruktur sistem pendidikan dengan memberi tumpuan penilaian di peringkat sekolah memberi peluang guru menilai prestasi anak didik masing-masing berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka.

Pengstrukturan itu perlu mengambil kira pelbagai aspek pencapaian dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan awam.

Tokoh pendidik, Prof Datuk Dr Isahak Haron, berkata menerusi pendidikan holistik, guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian serta kebolehan setiap pelajar berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing.

Katanya, pencapaian akademik, kecenderungan serta minat individu itu berbeza. Jika proses pembelajaran bersifat statik dengan mengukur prestasi berdasarkan peperiksaan, keadaan ini dikhuatiri tidak memberi peluang pelajar lemah akademik mengembangkan bakat dimiliki.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, antara bakat yang dapat dinilai guru ialah seni dan sukan.

Kelebihan itu perlu digilap di peringkat awal supaya kebolehan yang ada dapat menjana pelbagai kegiatan sebaik pelajar menamatkan proses pendidikan formal.

“Proses pembelajaran tanpa bergantung kepada sistem peperiksaan ini dilaksanakan di negara maju dan hasilnya mereka dapat mengklasifikasikan murid berdasarkan kebolehan dan keupayaan pelbagai bidang tidak hanya kepada kecemerlangan akademik.

“Peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lebih bersifat standard dan setara. Pencapaian diperoleh hanya memberi gambaran awal kepada kecemerlangan akademik semata-mata.

“Sedangkan mereka yang kurang menyerlah dalam akademik mungkin mempunyai kebolehan serta bakat luar biasa yang tidak dimiliki individu yang cemerlang dalam peperiksaan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Isahak berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kerajaan mengkaji keperluan tiga peperiksaan awam iaitu UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, baru-baru ini, berkata kementerian tidak menolak kemungkinan memansuhkan PMR dan UPSR dirombak semula menerusi proses transformasi pendidikan negara.

Penelitian itu katanya, bagi mengubah sistem pendidikan negara yang kini bergantung kepada peperiksaan.

Menerusi proses penilaian semula sistem pendidikan, Isahak berkata, guru perlu diberi latihan khas dalam menilai prestasi pelajar, selain mengenal pasti keistimewaan serta kelebihan dimiliki untuk dioptimumkan kebolehan berkenaan.

Beliau berkata, sistem pendidikan perlu lebih anjal dengan memberi tumpuan keperluan perkembangan murid pada peringkat awal yang sesuai untuk individu berkenaan.

Menerusi kaedah ini, katanya, proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan tidak memberi tekanan kepada murid kerana mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada minat dalam sesuatu bidang.

Apa yang lebih penting ialah, katanya, menerusi proses penilaian di peringkat sekolah, guru tidak boleh membandingkan pencapaian setiap murid kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaannya sendiri.

“Berbanding Kurikulum Baru Sekolah Rendah ia memberi penekanan kepada usaha memperkasakan kemahiran membaca, menulis dan mengira iaitu proses asas pembelajaran sebelum murid layak menduduki ujian pertama pada Tahun Enam iaitu UPSR, kemudian diikuti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

“Pada peringkat peperiksaan sekolah rendah, guru dapat menggunakan ujian pusat bagi menapis murid yang hendak belajar ke sekolah berasrama penuh dan ia penanda aras dalam proses pemilihan berkenaan,” katanya.

Mengulas sikap ibu bapa yang begitu mementingkan kecemerlangan akademik pula, Isahak berkata, keadaan kini menuntut perubahan sikap di kalangan masyarakat supaya tidak memberi penekanan kepada pencapaian baik dalam teori iaitu akademik sebaliknya lebih terbuka menerima tahap pencapaian anak masing-masing.

Beliau berkata, penilaian di peringkat sekolah lebih sesuai berbanding peperiksaan berpusat kerana guru mengajar berdasarkan sukatan yang ditetapkan.

Guru katanya, pula perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan modul penilaian kepada murid berdasarkan kepada sukatan pelajaran.

Proses penilaian murid tanpa bergantung kepada peperiksaan berpusat itu, diharap dapat melahirkan generasi muda berkebolehan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi tenaga profesional, sekali gus sebagai penggerak ekonomi negara.

Selanjutnya...

Berkatalah murid tentang PPSMI

Pandangan seorang murid sekolah menengah berkaitan isu PPSMI. Telitilah hujahnya.

Sumber: Surat Pembaca Berita Harian |27 April 2009|

PPSMI elak dipolitikkan

KERTAS kerja Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah sedia untuk dibentangkan dan hasilnya memang dinantikan. Banyak pihak menyokong tidak kurang membangkang PPSMI.

Kadang-kadang apabila politik menjadi keutamaan, isu PPSMI yang menjadi penentu masa hadapan generasi diperjudikan begitu saja tanpa melihat akibat dan kesannya.

Pada pandangan saya, kerajaan sewajarnya membuat pertemuan meja bulat dengan semua pihak yang menyokong dan membangkang PPSMI. Panelnya daripada wakil pelajar sekolah supaya mereka boleh membuat keputusan tepat.

Saya khuatir jika suara membangkang menenggelamkan suara yang menyokong akan tergambar bahawa seolah-olah tiada sesiapa menyokong PPSMI ini.

MOHD SYAMEER FIRDAUS,
Pelajar sekolah menengah.

Selanjutnya...

Guru tertekan dahului wang sendiri tampung aktiviti sekolah


Sumber: Berita Minggu |26 April 2009|

Oleh Azrul Affandi Sobry azr@bharian.com.my
Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama

Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah.

Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar.

Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain.

"Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka.

"Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar.

Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'.

"Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya.

Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar.

Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti.

"Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya.

Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam.

Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi.

"Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya.

Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya.

"Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah.

"Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.

Selanjutnya...

'Tidak salah kalau tarik diri jalankan aktiviti'

Sumber: Berita Minggu |26 April 2009|

GURU berhak menarik diri atau enggan mematuhi arahan melaksanakan sebarang aktiviti sekolah jika terpaksa mendahulukan wang mereka kerana ia adalah tanggungjawab pihak sekolah menyediakan semua kemudahan untuk memastikan aktiviti itu dilaksanakan.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata adalah menjadi hak guru menolak tanggungjawab itu jika berasakan ia membebankan serta tidak sanggup melaksanakannya.

Ini kerana, kata beliau, sewajarnya pihak sekolah memastikan segala keperluan termasuk perbelanjaan sudah disediakan sebelum mengarahkan guru melaksanakan tugas mereka seperti membawa pelajar untuk aktiviti luar sekolah.

"Banyak sumber yang boleh digunakan, malah tidak sekadar wang sekolah yang boleh digunakan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah juga boleh membantu untuk memastikan aktiviti itu dilaksana tanpa membebankan guru.

Beliau meminta semua PIBG memantau aktiviti serta perbelanjaan supaya tidak terlepas pandang dan akhirnya memberi tekanan kepada guru.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran, Jemali Paiman, berkata permasalahan itu disebabkan kelemahan pentadbir sekolah.

Katanya, ada tiga sumber kewangan boleh digunakan menjalankan aktiviti sekolah iaitu wang sekolah melalui akaun sumber wang awam (Suwa) dan wang kerajaan; bantuan perkapita kerajaan serta melalui akaun PIBG.

"Namun, ada ketikanya, wang itu tidak dapat dikeluarkan segera kerana notis yang diterima untuk sesuatu aktiviti terlalu singkat dan pada masa sama, kerani kewangan atau pengetua tidak ada di sekolah," katanya.

Selanjutnya...

Sekolah tak wajar bebankan pendidik

Sumber: Berita Minggu |26 April 2009|

PENTADBIRAN sekolah tidak sewajarnya membebankan guru dengan meminta mereka mendahulukan wang sendiri bagi melaksanakan sebarang program sekolah sama ada untuk aktiviti kokurikulum atau kurikulum pada semua peringkat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom (gambar), berkata semua program yang dilaksanakan sama ada peringkat dalaman atau luaran yang membabitkan aktiviti rasmi perlu menggunakan sumber daripada peruntukan yang sudah disalurkan kementerian kepada setiap sekolah.

Justeru, katanya, adalah tidak munasabah apabila guru terpaksa menggunakan duit sendiri untuk program sekolah kerana peruntukan disalurkan mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan itu dan boleh dikeluarkan daripada pelbagai saluran.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap sekolah diwajibkan mempunyai wang tunai sebanyak RM500 dalam peti panjar runcit (petty cash) yang boleh digunakan pada bila-bila masa bagi tujuan rasmi dan jumlah itu mesti kekal pada setiap masa.

"Maksudnya, jika guru diminta melaksanakan apa saja program seperti membawa pelajar mengikuti sebarang aktiviti luar atau perlu membeli sesuatu untuk sekolah, wang itu boleh digunakan. Selepas digunakan, pentadbiran sekolah perlu menggantikan wang tunai itu supaya jumlahnya sentiasa genap RM500.

"Jika jumlah yang diperlukan melebihi nilai RM500, banyak kaedah lain lagi boleh digunakan seperti menggunakan pesanan tempatan (local order) atau mengemukakan resit bayar kemudian selepas sesuatu perkhidmatan seperti bas untuk menghantar pelajar digunakan.

"Peruntukan untuk semua aktiviti itu ada dan sekolah mempunyai banyak saluran untuk membayarnya. Paling tidak pun, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh membantu dengan syarat aktiviti itu membabitkan kebanyakan pelajar di sekolah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan ramai guru mengenai tekanan yang dihadapi mereka akibat terpaksa mendahulukan duit sendiri bagi menampung aktiviti sekolah seperti membawa murid keluar untuk pertandingan sukan atau membuat persiapan sebarang sambutan yang diadakan di sekolah.

Bagaimanapun, Alimuddin mengakui kebanyakan guru yang menjadi mangsa 'keadaan' itu disebabkan pengurusan pentadbiran sekolah tidak cekap serta tidak mengikut prosedur sepatutnya dalam menguruskan perbelanjaan mereka.

Katanya, untuk menangani masalah itu, guru sewajarnya berterus terang mengenai jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan setiap kali mendapat arahan untuk menguruskan sesuatu aktiviti.

"Guru bagaimanapun bertanggungjawab dengan bidang tugas mereka. Jangan kerana alasan perlu mengeluarkan belanja sendiri, mereka tidak mahu melaksanakan tugas itu. Mereka perlu berterus terang dengan pihak pentadbiran dan menjadi kewajipan pentadbir pula untuk menyediakan perbelanjaan mencukupi sebelum mengarahkan guru melaksanakan tugas mereka.

"Dalam isu ini, soal keikhlasan sangat penting. Jika setakat perlu membeli sebatang pen, apa salahnya guru dahulukan duit mereka. Namun, jika ia terasa membebankan, guru perlu memaklumkan kepada pentadbir dan mereka berhak mendapat peruntukan sebelum aktiviti dijalankan.

"Pada dasarnya, kementerian tidak bersetuju jika pentadbir meminta guru mendahulukan duit mereka kerana ia tidak termaktub sebagai sebahagian daripada tugas guru. Gunakan peruntukan yang ada," katanya.

Beliau berkata, pentadbir sekolah juga perlu memahami bahawa tugas utama guru ialah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan serta tidak terlalu membebankan guru dengan aktiviti yang tidak penting.

Lantaran itu, kementerian sudah mengurangkan aktiviti sampingan lain bagi memberi peluang kepada guru memfokuskan kepada aktiviti dalam kelas.

Selanjutnya...

25 April 2009

Sistem pendidikan Malaysia perlu kembali kepada amalan asas

Sumber: Rencana Utusan Malaysia |25 April 2009|

KETIKA penulis belajar di sekolah rendah dahulu, guru-guru sering menyuruh muridmurid membaca petikan atau karangan bahasa Malaysia di depan kelas. Seorang demi seorang.

Begitu juga dengan mata pelajaran lain seperti menyelesaikan masalah Matematik dan membaca hafalan ayat-ayat al-Quran. Semuanya dibuat di depan kelas.

Bagaimanapun, pada masa ini amalan seperti itu tidak lagi berlaku dan alasannya mudah. Terlalu ramai murid di dalam sesebuah kelas dan jika itu diamalkan, sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesuatu topik.

Jika gagal menghabiskan semua topik sebelum peperiksaan, ia akan memberi kesan kepada persiapan pelajar dan sekali gus keputusan peperiksaan juga merosot.


Begitulah terkongkongnya pelajar kita di Malaysia dengan sistem pendidikan yang berasaskan peperiksaan sehingga setiap program yang dilakukan oleh sekolah hanya bertitik tolak soal peperiksaan. Ia membuatkan usaha membentuk sahsiah pelajar terpinggir.

Bagaimanapun penulis terkejut apabila kaedah seperti itu masih dipraktikkan di Indonesia.

Anak-anak penulis yang belajar di sebuah sekolah agama persendirian di Jakarta, setiap hari membuat persiapan untuk membaca di depan kelas walaupun masih di peringkat sekolah rendah.

Pada mulanya mereka kelihatan begitu gugup untuk berdepan dengan rakan sekelas, maklumlah ia jarang dilakukan ketika belajar di Malaysia, tetapi lama-kelamaan keyakinan mereka semakin meningkat.

Kini dalam tempoh singkat mereka sudah biasa membaca di depan kelas, malah cukup tidak sabar bila ada aktiviti pembentangan atau persembahan di depan kelas.

Mereka juga berkumpul bersama rakan-rakan untuk merancang bentuk persembahan atau pembentangan yang akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dalam suasana ceria.

Rupa-rupanya membaca di depan kelas itulah asas kepada membentuk keyakinan diri bagi membuat pembentangan yang lebih besar ketika di peringkat universiti, mahupun ketika bekerja.

Bagaimanapun ia semakin tidak dipraktikkan di sekolah-sekolah di negara kita.

Jadi apabila mengetahui Kementerian Pelajaran mahu membuat satu transformasi ke atas sistem pendidikan negara pada tahun depan, penulis terfikir kembali perkara asas tersebut.

Amalan yang diterapkan oleh guru-guru dahulu perlu digunakan kembali di sekolah bagi meningkatkan keyakinan pelajar.

Mungkin ia dilihat terlalu remeh tetapi mempunyai kesan yang mendalam bagi membentuk sahsiah dan keyakinan pelajar.

Satu lagi insiden menarik ialah apabila anak-anak penulis dengan bangga menunjukkan wang kertas "Ringgit Malaysia", tibatiba salah seorang rakan mereka bertanya gambar apa dan siapakah yang tertera pada semua wang berkenaan.

Sekali lagi anak penulis gagal memberi jawapan yang pasti, berbanding rakan-rakan di Jakarta. Mereka dapat memberi penjelasan mengenai setiap gambar yang terpapar pada setiap wang kertas Indonesia kerana ia turut dipelajari di sekolah.

Ini bermakna pendidikan kita terlalu luas skopnya sehingga kita gagal menerapkan pengetahuan persekitaran kepada pelajar.

Bagi pelajar di Jakarta, mereka perlu belajar mata pelajaran khusus tentang Jakarta. Begitu juga bagi pelajar di kawasan lain, mereka akan belajar tentang bandar-bandar utama di kawasan mereka.

Pelajaran berkenaan memberi pendedahan terhadap apa yang ada di persekitaran mereka, termasuk lokasi menarik atau tumpuan di kawasan setempat serta sejarahnya.

Pelajaran berkenaan tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah, tetapi mereka perlu melawat dan melihat apa yang dipelajari melalui rombongan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Jadi tidak hairan jika setiap hari pasti ada sahaja ratusan murid-murid sekolah rendah melawat Muzium Nasional (Monas) di Jakarta dan kaedah berkenaan juga tidak lagi dipraktikkan di Malaysia.

Penulis fikir rombongan sedemikian itu lebih bermanfaat daripada membawa para pelajar pergi berkelah di pantai dan air terjun yang berisiko tinggi kemungkinan berlaku kemalangan, apatah lagi terlalu sedikit ilmu pengetahuan yang diperolehi.

Memang tidak dinafikan sistem pendidikan negara jiran juga mempunyai banyak kelemahan tetapi mungkin kita boleh mempelajari dan mengambil sedikit daripada aspek positif dalam sukatan pelajaran mereka bagi memantapkan sistem pendidikan negara.

Selanjutnya...

24 April 2009

Pemantapan Bahasa Melayu Melalui PIPP

Sumber: Saya dan Bahasa

Artikel ringkas ini telah disiarkan oleh akhbar dalam talian Sinar Harian dalam kolum Rencana Komuniti (20 April 2009).

Pemantapan Bahasa Melayu Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

20/4/2009 12:59:12 AM
Pengirim: Bukhari

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga asas perpaduan terus diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP), iaitu membina Negara Bangsa. Kesungguhan untuk melaksanakan fokus ini dijelaskan sebagai cabaran untuk memastikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan.

Beberapa langkah ke arah memperkasakan dan menjulang Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu talah digariskan dalam PIPP . Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diberi tanggungjawab penuh untuk memperlengkapkan korpus Bahasa Kebangsaan, menyebarkan maklumat berkaitan Bahasa Kebangsaan, menggalakkan dan mengiktiraf penggunaan Bahasa Kebangsaan, meningkatkan penggunaan dan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Kebangsaan, dan meningkatkan bahan bacaan dan rujukan dalam Bahasa Kebangsaan. Agenda tersebut akan disokong melalui usaha penterjemahan buku-buku ilmu dan karya agung yang dikendalikan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Manakala Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) pula berperanan memperbanyakkan penerbitan buku judul umum, penerbitan buku dalam bentuk digital, pengiktirafan terhadap buku-buku terbitan tempatan dan usaha mempromosi buku-buku terbitan tempatan ke pesta-pesta buku antarabangsa.

Langkah-langkah tersebut merupakan lanjutan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan beberapa dasar terhadap Bahasa Melayu sebelum ini yang didapati tidak menampakkan keberkesanannya. Umpamanya Dasar Buku Negara dan kadar penterjamahan karya-karya asing ke dalam Bahasa Melayu yang masih belum mencapai tujuannya. Ini diakui dalam fasal 4.1 pelan ini, iaitu dalam konteks Dasar Buku Negara usaha memperkasakan Bahasa Melayu masih belum dapat dibanggakan kerana jumlah penerbitan buku terutama buku judul umum oleh penerbit tempatan secara umumnya masih lagi rendah berbanding dengan Korea Selatan, Jepun dan China. Selain itu, usaha penterjemahan daripada bahasa asing kepada Bahasa Melayu juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Usaha-usaha menggalakkan penerbitan buku-buku judul umum dan penterjemahan karya asing kepada Bahasa Melayu merupakan suatu yang boleh dibanggakan kerana akan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Usaha ini sewajarnya dilihat sebagai satu langkah berterusan untuk memantapkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah. Hal ini sejajar dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu, pelbagai program kebahasaan dan kesusasteraan juga dilaksanakan oleh sekolah, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, DBP, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan merangkumi usaha-usaha untuk mengukuhkannya dalam kurikulum dan kokurikulum, aktiviti pembangunan dan pengembangan Bahasa Kebangsaan, aktiviti kesusasteraan termasuk perkhemahan sastera, sayembara puisi, deklamasi sajak, pertandingan berbalas pantun, syarahan serta pertandingan menulis cerpen dan puisi. Melalui PIPP juga, pembaharuan terhadap gerakan memperkasakan Bahasa Melayu dilakukan dengan menyenaraikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) sebagai salah satu perayaan utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan seterusnya dijadikan salah satu daripada perayaan nasional.

Berdasarkan perancangan dan usaha-usaha yang dipaparkan dalam PIPP, jelas usaha memartabatkan Bahasa Melayu tetap menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini kerana Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, dan bahasa pengantar dalam pendidikan sewajarnya terus diperkasakan dan dimantapkan agar kedudukannya terus utuh dan peranannya sebagai alat perpaduan juga semakin berkesan.

Selanjutnya...

Bahasa Kebangsaan Bahasa Ilmu

Artikel ini dipetik dari http://ketuaperusuh.wordpress.com/ dan disunting sedikit oleh pendidikmy.

Sejak PPSMI dilaksanakan, saya telah menjelajah terlalu banyak kawasan luar bandar (terutamanya di pantai timur) dan menjengah beberapa sekolah rendah demi untuk melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku diperingkat sekolah. Hampir 99% pelajar sekolah rendah dikawasan luar bandar dilihat tercicir dari menguasai ilmu Matematik dan Sains hasil dari perlaksanaan PPSMI.

Saya mendapat pendidikan awalan didalam bahasa penjajah (Bahasa Inggeris), namun begitu jiwa saya begitu kental untuk memastikan bahawa Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tetap menjadi pilihan utama dalam pencernaan ilmu.

PPSMI ini sebenarnya bertujuan mematikan usaha untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) menjadi bahasa ilmu. PPSMI ini saya klasifikasikan sebagai “Tiga Kebodohan” atau “Tiga Kedunguan”.

Jika sebelum perlaksanaan PPSMI, seorang pelajar mungkin akan lemah hanya dalam salah satu daripada 3 matapelajaran (Bahasa Inggeris, Matematik atau Sains) namun setelah perlaksanaan PPSMI, seorang pelajar mungkin akan lemah dalam ketiga-kita matapelajaran secara serentak hasil dari kelemahan beliau menguasai Bahasa Inggeris.

“Tiga Kebodohan” atau ‘Tiga Kedunguan” inilah yang terpaksa kita hadapi sekiranya Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) bertegas untuk terus melaksanakan PPSMI. Pernah saya menulis mengenai sikap banyak pihak di Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) yang berterusan mengeluarkan idea-idea baru tanpa kajiselidik dan perbincangan yang menyeluruh. Terlalu banyak pihak yang angkuh di Kementerian Pelajaran (Pendidikan?) yang sebenarnya mencacatkan seluruh institusi berkenaan. Setiap kali bertukar Menteri Pelajaran (Pendidikan?), setiap kali itu jugalah seluruh polisi dan gagasan serta wawasan Kementerian bertukar tanpa perancangan kukuh.

Malah golongan pendidik, ibubapa dan para akademik tidak pernah diambil kira pandangan sebelum sesuatu resolusi atau idea diterapkan kedalam sistem pendidikan negara. Nampaknya mereka ini amat suka bereksperimen sehinggakan caca-marba sistem pendidikan negara. Sikap terlalu bereksperimen inilah yang sebenarnya menjadi duri dalam daging yang jika dihalusi sebenarnya menguntungkan pihak-pihak yang berkepentingan (penerbit buku teks, penyedia bahan dan sebagainya) yang menjadi dedalu kepada Kementerian Pelajaran (Pendidikan?)

Kita boleh lihat insiden yang melibatkan beberapa juta wang rakyat hangus apabila pengenalan modul pengajaran berasaskan multimedia (kecoh sekitar 1996 dan 1997) sedangkan hasilnya masih tidak dapat dilihat dengan berkesan disekolah-sekolah setelah lebih 10 tahun diusahakan. Para pendidik rata-ratanya memilih untuk membuat pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dengan menyuntik sedikit elemen yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pendidikan.

Jika kita lihat rata-rata warga Malaysia yang berumur sekitar 30 tahun keatas biasanya boleh berkomunikasi didalam Bahasa Inggeris sedangkan mereka dahulu belajar menggunakan sistem KBSR fasa pertama yang mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Terlalu ramai para jurutera, peguam, akauntan, pakar komputer dan para professional lainnya yang fasih berbahasa Inggeris sedangkan mereka terdidik didalam bahasa pengantar Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, maka bukanlah penggunaan Bahasa Kebangsaan itu mengekang pelajar daripada menguasai ilmu melainkan ianya adalah pemudahcara bagi para pelajar mencerna ilmu. Bahasa Inggeris hanyalah bahasa kedua yang sepatutnya boleh dikuasai dengan mudah oleh mana-mana pihak walaupun beliau menuntut ilmu dalam Bahasa Kebangsaan.

Janganlah biarkan pelajar kita mengalami sindrom “Tiga Kebodohan” atau “Tiga Kedunguan”.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS

Selanjutnya...

23 April 2009

DG2941: NUTP sudah cuci tangan?

Luahan berikut dipetik daripada blog NUTP. Nyata kumpulan DG2941 tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada gaji pokok mereka yang jauh lebih rendah jika mereka kekal dalam gred lama (tidak sambung belajar). Aneh bukan? Makin tinggi belajar, makin merendah pula gaji pokok...
--------------------------------------------------------
crkb said...

Salam utk semua...
Cuba rakan2 dan puan SU baca komen yg saya copy and paste dari sebuah laman blog.

Fri Apr 17, 2009 5:44 AM
Komen :
Padan muka kat kau orang dg41,dulu blagak degree gaji besar,hah sekarang baru kau tahu kenaikan dg32 lebih besar dan elaun ppsmi kita oarng lagi besar 10%.Kepada kawan2 yang sambung belajar jangan marah,terima kasih kepada KPPK,peluang untuk sambung belajar kami akan rebut,pada waktu itu gaji kami dah hampir kat P1T17,pas tu gaji naik rm150 beb sama macam dg44,heh he he,amacam canggih tak strategi kami.Dalam kehidupan kita mesti bijak merancang,jadi jadi macam guru2 yg sambung belajar,duit bertimbun2 habis tetapi gaji ciput,heh he he.

Adakah :
1. Kita berlagak dengan degree kita?
2. Kita kumpulan DG29/41 terutama yg belajar sepenuh masa kat U beruntung dgn fornula 7+3?
3. Mereka bijak dan kita ni dungu kerana dpt degree?
4. Kenaikan +-RM500 ke gred DG44 selepas 7 tahun tu dikira untung besar bg kita 29/41 berbanding dengan 29/32/41 terutama GB di sek rendah?
5. Terbakar hati kita?

Mon Apr 20, 09:33:00 PM 2009
---------------------------------

myviturbo said...

Salam sejahtera.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 11 April 2009 yang lalu, saya merasa amat kecewa sekali dengan jawapan tersebut. Saya beranggapan bahawa pihak NUTP memperjuangkan insiatif lain selain dari 3 + 7. Rupa-rupanya berita gembira yang diwar-warkan seluruh Malaya hanya berita untuk mereka yang sudah lama berkhidmat dlm dg41. Apa cerita pula dengan mereka yang terlepas merasa dga32. Sepanjang hayat mereka akan ketinggalan kerana setelah menyambung pelajaran.
Saya dan isteri telah posting dari Maktab Perguruan yang sama dan tarikh yang sama iaitu 01 Julai 1996. Saya menggunakan sijil STPM dan isteri saya SPM. Setelah beberapa tahun mengajar, dg6 telah diupgrade menjadi PPPLD. Mereka yang memiliki sijil SPM telah menghampiri ke tangga gaji yang hampir dengan STPM. Tak kisah lah..
Pada Mei 2002 saya telah bernekad untuk sambung belajar sepenuh masa PKPG di UKM Bangi sesi 2002-2005. Pada tahun tersebut, gaji guru-guru yang sambung belajar masih statik dan 1/2 gaji hinggalah belanjawan tahun untuk tahun 2003 yang memberikan kenaikan gaji secara isyarat. Kami redha.. terima segalanya.
Pada 16 Mei 2005 saya telah diposting sebagai guru dga29 hingga menunggu perlantikan ke dg41. Dalam tempoh tersebut saya tidak berpeluang untuk menduduki PTK, dan pada tahun 2005 tersebut merupakan tahun ke10 saya berkhidmat dalam dga29. Oleh kerana menantikan perlantikan ke dg41, urusan pengesahan jawatan di dg41 telah tertangguh hampir 2 tahun. Walaupun tarikh pengesahan tidak berubah namun saya tidak berpeluang menduduki PTK hingga pengesahan jawatan diperakukan.Saya pasrah, terima dengan redha.
Setelah itu pada tahun 2007, titik hitam berlaku lagi, apabila kerajaan megumumkan kenaikan gaji 25% untuk kakitangan sokongan, dan 15% untuk profesional. Maka dengan kenaikan tersebut gaji saya dengan isteri saya telah jauh ketinggalan. Pada tahun 2006 beliau telah menikmati dga32 dengan tangga gaji rm1932. Setalah setahun menikmati dga32, dinaikkan pula 25% maka gaji saya telah tertinggal jauh di belakang. Kita duduk sebumbung, senioriti dalam perkhidmatan sama namun gaji beliau jauh dihadapan. Tahun 2011 nanti beliu bergelar siswazah. Dan pada ketika itu kemungkinan saya dah mendapat dg44 namun masih lagi tertinggal jauh di belakang beliau.
Kekejaman ini berlaku terjadi dengan disedari oleh semua pihak yang teribat. Namum mereka hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja. Jiwa yang bergelora selama beberpa tahun siapa yang tahu.

Harap pihak NUTP cuba mencari satu jalan penyelesaian masalah dengan memberikan dga 32 kepada mereka yang terlepas dan seterusnya dilantik ke dg41 tanpa memberikan tunggakan gaji atau sebagainya. Dengan cara sedemikian perbezaan gaji antara dga32 dengaan dga29/41 telah diselesaikan dengan seadil-adilnya.

Dan sekiranya jalan penyelesaian tidak dibuat, kami merasakan saluran yang terbaik adalah melalui Menteri Pelajaran ataupun Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya dimaklumkan.

Sekian terima kasih

Mon Apr 20, 09:58:00 PM 2009
--------------------------------

crkb said...

saudara myviturbo dan isteri dilantik Julai 1996.
Saya dilantik Januari 1987, 9 tahun sebelum tu.
Saudara masuk belajar 2005, saya =, setelah puas memohon, 2004 baru berjaya masuk U, setahun sebelum tu.
Gaji saudara jauh dibelakang gaji isteri saudara.Gaji saya?Menjadi bahan gelak ketawa rakan yang dalam DG32.Gelak berguling2 bagi rakan DG32 yg tunggu untuk dilantik ke DG41. Gelak sakan rakan DG32 yg dah dapat DG41.
Gaji kita tetap kekal lebih rendah dari kumpulan DG29/32/41 walaupun kita bakal mendapat KUP DG44 kerana bakal gaji kita di P1T1 DG44 adalah lebih rendah dari gaji kumpulan kumpulan tersebut sekarang.

Saya sokong cadangan bahiaa00 agar kes kita dikemukakan secara peribadi kepada Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri supaya MP & PM mengetahui kedudukan sebenar.Buatlah satu perbandingan kes sebenar.Kalau tak silap saya dah post perbandingan gaji saya dengan gaji rakan2 dlm DG32, DG32/41...
Kita sama-sama fikirkan mcm mana caranya supaya kes ni benar2 sampai ke MP& PM sendiri.

Tue Apr 21, 08:54:00 PM 2009
--------------------------------

Puteri Azni said...

Puan SUA said:
Kita sedang memantau DG 29/41 ke DG 44 kalau masih bermasalah kita terpaksa bertindak. Golongan ini akan menerima perbezaan gaji RM 500-RM 600. Siapa kata tidak untung.

Puan SUA,
Terima kasih memperjuangkan 7+3. Kami di Kelantan sudah menerima surat perlantikan ke dg44 bertarikh 24Februari 2009. Kenaikan pangkat DG44 mulai 16.05.2008. Malangnya, apabila kerani membuat perubahan gaji, saya mengalami kerugian melalui kaedah 7+3 berbanding kenaikan time based biasa.

Saya dilantik dg29 pada 1.1.91. Dilantik ke dg41 pada 1.5.99.
Melalui time based biasa, saya layak dg44 pada 1.5.2009. Melalui kaedah 7+3, saya layak 9+1.

Melalui kaedah 7+3/(9+1):
1.4.2008 = RM3173.67 (DG41 P3T14)
16.5.2008 = RM3283.55 (DG44 P1T3)
1.4.2009 = RM3433.83 (DG44 P1T4)

Kaedah Time based biasa 10 tahun
1.4.2008 = RM3173.67 (DG41 P3T14)
1.4.2009 = RM3272.47 (DG41 P3T15)
1.5.2009 = RM3584.11 (DG44 P1T5)

Perbezaan kenaikan gaji saya kepada DG44 pada 16.5 2008 hanya RM11.00 berbanding gaji pada DG41 untuk kenaikan pada 1.4.2009.
Malahan saya telah kerugian 1 matagaji jika menerima kaedah 9+1.

Soalan saya:
1. Betulkah kaedah perubahan gaji yang dibuat oleh kerani saya untuk 9+1 itu?
2. Sekiranya pengiraan itu betul, bolehkah saya nenolak kenaikan pangkat 9+1 dan menunggu kenaikan pangkat timebased biasa 10 tahun?

Untuk tempoh 10 tahun ke DG48, sekiranya saya menerima 9+1, saya akan berada 2 tahun di gaji mati dan untuk kaedah timebased biasa, saya akan berada di T14 pada tahun ke 10 tanpa perlu statik untuk ke DG48

Tue Apr 21, 09:26:00 PM 2009
--------------------------------

mie said...

nampaknya KPPK spt sudah malas melayan permasalahan guru2 2941 ini. Cara2 Pn SUA menjawab pn spt melepaskan batuk di tangga shj.

Sy adalah salah seorang yg terlibat dlm permasalahan ini, tak payahlah diceritakan lg sbb ceritanya sama saja dgn ribuan guru2 2941.

Kadang2 sy tertanya, kenapa mslh ini boleh berlaku?, dimana silapnya?, mengapa KPPK tidak bertegas dlm hal ini?.

Selagi perkara ini tidak selesai ramaila golongan pendidik yg mengalami ketidakadilan, emosi terganggu dan kualiti perkhidmatan yg menurun....akhirnya golongan pelajar jua yg rugi.

Kpd KPPK lakukanlah sesuatu, jgnlah pandai menabur janji2 manis shj.

Tue Apr 21, 10:35:00 PM 2009
--------------------------------

jeson said...

Rakan2 dg29/41, Masalah saya sama dengan saudara myviturbo. Saya mula berkhidmat pada tahun 1995(dg29) dan melanjut pelajaran pada 2002-2005(pkpg). Saya dilantik dg41 pada september 2005. saya sepatutnya layak mendapat dg32 pada tahun 2006. Bila saya bandingkan gaji saya dgn rakan yang sama posting dg29(1995) yang telah mendapat dg32 pada 2006, gaji saya jauh ketinggalan. Satu situasi lagi, ada rakan2 saya yang sama menyambung pelajaran(pkpg) tetapi gagal pada tahun pertama sekarang telah mendapat dg32 mempunyai gaji yang jauh tinggi dari saya dan sekarang mereka mengambil pjj dan tak lama lagi akan mendapat dg41. Ini akan menyebabkan perbezaan gaji kami semakin jauh berbeza.. Siapa yang tidak kecewa dengan kenyataan ini...yang gagal mendapat ganjaran yang lebih baik berbanding dgn kita yang dapat meneruskan pengajian. Seolah2 kita yang dapat melanjutkan pelajaran...lebih bodoh berbanding rakan2 yang tidak mahu upgred diri gagal meneruskan pelajaran. Patutkah kami berdiam diri???? mengapa susah sangat nak menyelesaikan masalah kami ini?? kalau elaun pedalam yang tidak rasional denagn mudah diluluskan...mengapa nasib kami susah nak di selesaikan??? Menyentuh elaun pedalam...ramai rakan guru tempatan bila ditanya bila nak pindah?? mereka jawab buat apa pindah? kebun tepi sekolah... mereka ini pula yang mendapat habuan yang besar. dahlah rumah tepi sekolah..dapat pula elaun pedalaman.. Puan SU..tolonglah perjuangkan nasib kami...

Wed Apr 22, 02:23:00 PM 2009

Selanjutnya...

22 April 2009

5 kesilapan pemikiran penyokong PPSMI

Sumber: http://marni-ameera.blogspot.com

Dalam ucap utama Datuk Hassan Ahmad sempena Wacana Pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu semalam, beliau menggariskan 5 kesilapan minda dan pemikiran yang dimiliki oleh para penyokong ppsmi.

Kesilapan pertama:

Mereka tidak tahu dan tidak percaya bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Mereka menyangka bahasa Melayu hanya berkembang sebagai bahasa ilmu tinggi selepas Tanah Melayu merdeka.

Hakikatnya, bahasa Melayu telah berkembang sebagai bahasa ilmu sejak zaman Kerajaan Melayu Srivijaya di Palembang, iaitu seawal abad ke 7 lagi. Bahasa Inggeris adalah bahasa primitif semasa bahasa Melayu telah mula berkembang sebagai bahasa ilmu.


Kesilapan kedua:

Mereka menyangka, seperti juga sangkaan dan dan kepercayaan penjajah Inggeris dan orientalis klasik Barat dahulu kala, bahawa ilmu di dunia ini hanya terdapat dalam bahasa Inggeris.

Kata mereka lagi, bahasa Melayu terpaksa meminjam ratusan ribu istilah daripada bahasa Inggeris. Maka mereka berpendapat adalah lebih mudah belajar sahaja sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Hakikatnya, jika tidak meminjam, bahasa Melayu tidak akan dapat berkembang dan akhirnya akan mati. Bahasa Inggeris sendiri dahulunya meminjam 85% istilah dari bahasa Greek, Latin dan bahasa-bahasa lain. Bahkan, bahasa Inggeris telah meminjam istilah dari 350 buah bahasa lain di dunia.

Jadi, apa salahnya jika bahasa Melayu meminjam istilah dari bahasa Inggeris pula? Begitulah bahasa dibina!

Kesilapan ketiga:

Mereka menyangka orang yang membantah ppsmi adalah orang yang anti bahasa Inggeris, penentang kemajuan dan fanatik atau nasionalis ultra bahasa Melayu.

Hakikatnya, penentang ppsmi adalah orang yang fasih dan mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris, bahkan lebih baik dari penyokong ppsmi sendiri.

Penentang ppsmi hanya mempersoalkan mengapa selepas 11 tahun belajar bahasa Inggeris di sekolah, pelajar masih gagal menguasai bahasa itu? Sudah tentu jawapannya adalah silap kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan ia mesti dibaiki.

Orang yang berfikiran keliru sahaja yang mengatakan bahawa pelajar kita akan lebih mahir dalam bahasa Inggeris melalui ppsmi.

Kesilapan keempat:

Mereka berkata bahawa menguasai bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan martabat bahasa Melayu atau mengubah identiti mahupun jati diri bangsa Melayu.

Belajar bahasa bererti kita mempelajari budaya. Semua orang tahu bahawa apabila kita belajar bahasa Inggeris, maka jati diri atau identiti atau budaya dan nilai Islam kita akan ikut berubah.

Ada bezanya antara "I think" dengan "Saya rasa". Jika melalui ungkapan "I think" seseorang itu menyampaikan pendapat hanya dengan pertimbangan akal, maka orang Melayu mengatakan "Saya rasa" kerana pendapat yang diberikan bukan sekadar mengikut pertimbangan akal, bahkan juga pertimbangan hati dan perasaan. Itulah budaya Melayu yang dicerminkan melalui bahasa.

Kesilapan kelima:

Masalah kesilapan maklumat – kebanyakan orang, khususnya Melayu – yang menyokong ppsmi tidak tahu mengapakah mereka menyokongnya. Mereka tidak mendapat maklumat yang benar tentang keburukan dan kelemahan dasar itu.

Mereka tidak faham isu yang sebenar. Mereka dipengaruh oleh data, maklumat dan penerangan rasmi pegawai kerajaan yang menjalankan tugas menurut perintah pembuat dasar, bukan mengikut akal fikir masing-masing.

Segala masalah, kelemahan pelajar, kegagalan pelajar luar bandar, sekolah di kawasan hulu, dan masalah puluhan ribu guru yang gagal mengajar sains dan matematik dengan baik dalam bahasa Inggeris tidak didedahkan di media arus perdana.

Guru-guru yang terlibat secara langsung dengan ppsmi menyokong usaha ppsmi kerana mereka menerima imbuhan berbentuk elaun khas mengajar.

Kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Hassan Ahmad dalam kertas kerjanya adalah kita memerlukan dasar bahasa dan pendidikan dalam bahasa Melayu yang jelas dan tegas.

Kita juga memerlukan pemimpin negara dan para menteri serta pegawai yang cekap dan cukup ilmu pengetahuannya untuk melaksanakan dasar dengan tegas, berani dan benar.

Ppsmi mesti dimansuhkan!

(Disalin dari teks Ucap Utama Datuk Hassan Ahmad dan ditambah dengan ucapan tanpa teks beliau pada majlis tersebut).

Selanjutnya...

Sumber: mendewa

Pelaksanaan yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pndidikan dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas kerana wujudnya kontra dengan pelaksanaan dasar bahasa yang berlaku di sekolah-sekolah dan juga di IPTA dan IPTS.

Di peringkat pembelajaran, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran semakin mengecil jumlahnya apabila dilaksanakan pengajaran mata pelajaran sains, matematik dan professional menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Usaha-usaha untuk menyemarakkan penggunaan dan mengukuhkan kecintaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya disokong tetapi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah mestilah disokong kuat oleh penggunaan dan pemakaian Bahasa Melayu sepenuhnya dalam menyampaikan ilmu. Barulah Bahasa Melayu akan terus berkembang pesat dan usaha memperkayakan khazanah bahasa dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa akan terus bercambah.

Selanjutnya...

Syor tambah waktu mengajar untuk kuasai bahasa Inggeris

Sumber: Surat Pembaca Berita Harian |21 April 2009|

KEPUTUSAN Kementerian Pelajaran mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sememangnya dinantikan ibu bapa dan warga pendidik.

Pembelajaran kedua-dua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris tidak dinafikan ada kebaikannya terutama pada zaman teknologi ini.

Namun, bila direnung secara mendalam, sedarkah kita berapa sangat jumlah pelajar cemerlang dalam mata pelajaran berkenaan dibandingkan dengan pelajar yang gagal menggunakan bahasa itu dalam peperiksaan.

Jumlah pelajar yang sepatutnya cemerlang dalam Matematik dan Sains selepas menggunakan bahasa Inggeris bukan saja menurun, malah tidak menguasai kemahiran dan mata pelajaran itu.

Jangan lihat jumlah yang berjaya saja, tetapi juga yang kecundang akibat penggunaan bahasa Inggeris kerana mereka juga anak bangsa yang akan membentuk masyarakat masa depan.

Tidakkah mereka akan menyalahkan pihak berkenaan? Jangan kerana hendakkan pembaharuan dalam pendidikan di negara ini, kita mengabaikan dan alpa mengenai kepentingan dan situasi kehidupan masyarakat kita sendiri.

Justeru, demi kepentingan peningkatan ilmu, saya merayu keagungan, kekayaan bahasa Melayu itu dikembalikan semula dalam proses pengajaran mata pelajaran di sekolah kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ada baiknya jumlah waktu mengajar mata pelajaran itu ditambah sama seperti jumlah mata pelajaran Bahasa Melayu. Rasanya, masih belum terlambat bagi Kementerian Pelajaran menarik balik penggunaan bahasa Inggeris itu.

Sebagai renungan, bahasa Melayu adalah adalah bahasa ketiga terbanyak penggunaannya di Asia Tenggara. Masyarakat kampung dan luar bandar mengharapkan perubahan daripada pihak Kementerian Pelajaran bagi membolehkan ilmu pengetahuan dan kejayaan anak mereka lebih terjamin.

ISMIJORAN,
Taman Puteri, Kuching.

Selanjutnya...

09 April 2009

Bahasa cetus minda pencipta

Sumber: Berita Harian |9 April 2009|

Oleh Nazmi Yaakub


Pengalaman Jerman dan Jepun diketengahkan sebagai bukti hujah

KEPENTINGAN penyampaian ilmu dalam bahasa ibunda seperti dibuktikan Jerman dan Jepun apabila berjaya menjadi bangsa yang maju mendapat perhatian pada Forum Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI): Antara Inovasi dan Konfrontasi dalam Pendidikan.

Forum di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini, turut membawa lebih 100 khalayak untuk melihat hakikat himpunan ilmu dalam bahasa ibunda dapat memberi dorongan kepada kedua-dua bangsa terbabit untuk tidak terperangkap menjadi bangsa pengguna, sebaliknya berubah kepada bangsa pencipta.

Pensyarah Upsi, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, menekankan pentingnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah menggunakan bahasa ibunda untuk memastikan himpunan ilmu dalam bahasa berlaku dan menyumbang kepada pembinaan kepustakaan dalam bahasa sendiri, tanpa perlu terlalu bergantung kepada bahasa lain.

‘Dengan cara ini kita tidak hanya menjadi pengguna kepada ilmu dan teknologi dari luar. Hal ini pernah berlaku di Eropah pada zaman sebelum pembaharuan apabila orang Inggeris belajar dalam bahasa Latin, manakala bangsa Jerman pula terpaksa meminjam bahasa Perancis untuk proses mendalami ilmu,” katanya pada forum anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) yang dipengerusikan Pensyarah Upsi, Ariff Mohamad.

Situasi itu menyebabkan ahli falsafah Jerman mempersoalkan sebab bangsa Jerman sepandai orang Perancis, tetapi negara mereka tidak semaju jirannya itu dengan memberi jawapan bahawa ia berpunca daripada tindakan belajar dalam bahasa lain sehingga Jerman menukarkan sistem pendidikannya ke bahasa sendiri.

Prof Emeritus Abdullah merumuskan himpunan ilmu dalam bahasa ibunda, mendorong bangsa itu untuk bukan saja mempelajarinya dengan menerima bulat-bulat, bahkan merangsang mereka untuk mempersoalkannya kembali sehingga ia menjadi soalan bersifat setempat.

“Apabila belajar ilmu biologi, kita tidak lagi hanya mengkaji tumbuhan dan haiwan di Barat saja. Sebaliknya kita mengkaji flora dan fauna negara sendiri. Dengan itu akan ada kesan seperti di Thailand sehingga terhasil durian Thai dan lahir keghairahan menghasilkan durian tanpa duri. Saintis Barat tidak akan beri perhatian pada perkara seperti ini,” ujarnya.

Bahkan, Prof Abdullah yakin bahawa himpunan ilmu tempatan akan menumbuhkan kreativiti pribumi kerana bangsa berkenaan akan memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan budayanya seperti dipamerkan bangsa Jepun yang berjaya memacu kejayaan negara melalui kesetiaan kepada bahasa sendiri..

“Selain budaya kaizen, bangsa Jepun terkenal dengan bonsai iaitu mengecilkan apa saja bersaiz besar sehingga mereka berjaya menghasilkan banyak teknologi baru. Teknologi yang asal dipinjam daripada bangsa lain, apabila dibawa masuk ke Jepun, diubah dan dipasarkan ke pasaran dunia seperti ketuhar gelombang mikro,” jelasnya.

Pandangan itu, diperkukuhkan rakan sejawatannya, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron yang mengkaji kesan dasar PPPSMI di sekolah rendah dan menengah, apabila merumuskan pelajar yang menggunakan bahasa ibunda atau keluarga untuk belajar Sains dan Matematik, prestasinya meningkat berbanding kelompok yang menggunakan bahasa kedua.

“Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengesyorkan bahasa keluarga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memudah serta mengukuh kefahaman konsep subjek. PPSMI tidak membantu meningkatkan penguasaan bahasa kedua mahupun menambahbaikkan kefahaman pelajar,” katanya.

Kajian Prof Isahak berdasarkan kerja lapangan turut menunjukkan dasar PPSMI lebih menguntungkan pelajar yang sudah menguasai bahasa Inggeris, terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga yang ibu bapa menggunakan bahasa berkenaan di rumah.

“Bahasa Inggeris menjadi bahasa keluarga kepada masyarakat bandar yang ibu bapanya golongan profesional, tetapi masyarakat bandar bukan profesional tidak mendapat manfaat. Kesannya, pelajar di luar bandar atau bandar yang keluarganya bukan profesional, bukan saja lemah dalam bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, pada tahun pertama, bahkan bertimbun-timbun apabila naik ke tahun berikutnya,” katanya.

Selanjutnya...

Kabinet 2009

Sumber:http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/9/mstar_berita/20090409160613&sec=mstar_berita |9 April 2009|

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan

Selanjutnya...

Seimbangkan skim perkhidmatan awam

Sumber: Forum Utusan Malaysia |7 April 2009|

SEJAK kebelakangan ini timbul banyak rungutan oleh kakitangan Perkhidmatan Awam dari pelbagai skim perkhidmatan.

Antaranya rasa tidak berpuas hati berhubung peluang kenaikan pangkat atau mengenai sesuatu skim perkhidmatan berbanding skim perkhidmatan yang lain walaupun mempunyai kelayakan masuk yang sama.

Sebagai satu contoh, seseorang pemegang ijazah dengan kepujian memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akan dibayar gaji permulaan sebanyak RM1,993.63.

Tetapi seorang pemegang ijazah yang sama memasuki Skim Perkhidmatan Pendidikan akan dibayar gaji permulaan sebanyak RM1,695.85 walaupun masing-masing perlu mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam (enam bulan) dan Diploma Pendidikan (satu tahun). Kenapakah perbezaan seumpama ini boleh berlaku?

Begitu juga dengan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang pada asalnya diwujudkan pada September 1957 dengan gelaran Executive Officer (EO).

Dalam skim ini Senior Executive Officer (SEO) dan Higher Executive Officer (HEO) diletakkan dalam bahagian 1 dan diberi kemudahan serta keistimewaan yang sama dengan apa yang dinikmati oleh pegawai dalam bahagian 1 yang lain pada waktu itu.

Pada Januari 1970 jawatan EO telah ditukar kepada jawatan Pegawai Kerja dengan menurun taraf ke Bahagian 2 walaupun masih mengekalkan jawatan Pegawai Kerja Tinggi dalam Bahagian 1.

Pada Januari 1976 taraf Pegawai Kerja Tinggi pula diturun ke Bahagian 2 dan kekal sehingga sekarang di dalam kumpulan sokongan dengan gelaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir.

Pada tahun 1988 kerajaan telah membuat penyusunan semula struktur perkhidmatan pentadbiran Persekutuan. Sekali lagi gelaran jawatan Pegawai Kerja telah bertukar kepada nama baru iaitu Pegawai Eksekutif bertaraf diploma - kod gaji B9 dan B3/B1.

Pada masa yang sama penyandang jawatan Pegawai Tadbir Am (PTA) telah ditawarkan ke jawatan PTD manakala penyandang jawatan Pegawai Kerani Rendah (D11) ditawarkan ke jawatan Pegawai Kerani (C11).

Apabila Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan pada 1 Januari 1992 dan diikuti Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 1 November 2002, kerajaan telah membuat penambahbaikan terhadap sebahagian besar skim perkhidmatan dalam sektor awam dengan mewujudkan lebih banyak peluang 'kenaikan pangkat secara lantikan' (KPSL).

Seseorang penjawat awam boleh dinaikkan pangkat setelah lulus peperiksaan khas untuk memasuki skim perkhidmatan yang lebih tinggi tanpa memiliki kelulusan akademik sebagaimana sepatutnya untuk lantikan pertama bagi skim tersebut.

Maka ramailah yang telah berjaya dinaikkan pangkat dengan menggunakan 'sijil/diploma/ijazah KPSL' ini. Alhamdulillah mereka ini dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman.

Tapi malangnya perkara ini tidak berlaku dalam Skim Perkhidmatan PPT berbanding dengan skim-skim lain seperti Penolong Penguasa Badan Pencegah Rasuah, Penolong Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Imigresen, Penolong Pegawai Penguat Kuasa JPJ dan banyak lagi skim lain di mana ramai penyandangnya telah berada di Gred 41, Gred 42 dan Gred 44. Malah sudah ada yang telah meningkat dan tersenyum pada Gred 48.

Soalan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia ialah berapa ramai PPT yang memiliki ijazah/ijazah, lulus KPSL/PTK Aras IV yang telah dipanggil untuk ditemu duga dan seterus berjaya ditawarkan jawatan Pegawai Tadbir (Guna sama Persekutuan) Gred 41 atau jawatan lain dalam 14 skim perkhidmatan yang dibenarkan setelah lulus peperiksaan yang disyaratkan?

Sehubungan itu saya ingin mencadangkan kepada JPA supaya memberi banyak peluang kepada PPT yang telah memenuhi syarat (memiliki ijazah/lulus KPSL/Lulus PTK) untuk dilantik ke Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dengan mewujudkan lebih banyak jawatan Pegawai Tadbir di Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan di mana ketua pejabatnya bukan dari kalangan PTD.

Sekadar beberapa contoh seperti di Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Perguruan, Hospital Daerah, Politeknik, Jabatan Penjara atau di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai.

BIJAN
Kota Kinabalu, Sabah

Selanjutnya...

Siapa Menteri Pelajaran ?

Datuk Seri Najib dijangka akan mengumumkan kabinet beliau pada hari ini. Datuk Hishamudin dijangkan akan beralih portfolio ke kementerian lain (mungkin Pertahan) Siapa bakal mengisi jawatan Menteri Pelajaran?...
Moga Menteri Pelajaran kali ini akan lebih prihatin dengan kebajikan guru dan isu-isu panas pendidikan khususnya PPSMI.

Type your summary here = Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Selanjutnya...

04 April 2009

Cara Surf Website yang di blok di IPT/Sekolah

Sumber: solehpolysas

Bagaimana hendak surf website seperti myspace, youtube, friendster dan banyak lagi di sekolah/IPT?

Dahulu saya juga pelajar IPT, jadi saya tahu bagaimana rasanya jika tidak dapat surf web-web tersebut. Ramai yang nak sangat masuk web tersebut, tetapi guna proxy pun dah xboleh. Tidak mengapa, cuba pula cara ini.

Anda gunakan Ultrasurf, kita lihat masih di block atau tidak. Buat masa ini semuanya tidak ada masalah, sentiasa okey dan anda boleh melayari web-web yang di block oleh sekolah/IPT/Pejabat anda. hehe...

Ini hanya sekadar perkongsian, segala akibat atau keburukan yang dihadapi adalah tanggungjawab anda sendiri. Resiko tanggung sendiri ya..


Download di Ultrasurf.

Cara menggunakannya :
Anda download dahulu file ultrasurf,
kemudian anda extract dahulu, dan klik dua kali pada installer ultrasurf,
selepas keluar gambar seperti ini


Sudah keluar gambar seperti ini?
Jika ya, anda minimizekan windows ultrasurf. Jangan anda close pulak.
Baiklah sekarang anda sudah free untuk surf kemana-mana web dengan selamat.

Selamat mencuba ya..

Tips dibawakan oleh Team 4kit.net

Selanjutnya...

Tukang kebun sekolah pun boleh tukar guru

Sumber: Harakahdaily | 3 April 2009 |

KOTA BHARU, 3 April (Hrkh) - Pernah anda mendengar seorang tukang kebun sekolah boleh merasmikan mesyuarat PIBG. Pelik dan tidak masuk akal.
Namun semuanya tidak mustahil apabila tukang kebun itu ada jawatan dalam Umno.

Ia bukan kisah omongan, tetapi itulah realiti yang pernah berlaku di Tanah Merah beberapa tahun lalu.

Lebih menarik lagi apabila ketua cawangan Umno boleh mempengaruhi Pejabat Pelajaran Daerah untuk menukarkan guru.

Mungkin mengambil kira situasilah agaknya Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien mahu guru kumpulan A dibolehkan berpolitik.

Bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Muhamad Fadzli Hassan berkata, hasrat untuk memberi ruang kepada guru kumpulan A berpolitik perlu dilakukan secara adil.

"Seharusnya dilihat secara adil dan tidak menyekat mereka berpolitik dalam mana-mana parti politik.

"Namun apa yang berlaku sekarang guru hanya dihalal berpolitik dengan Umno sahaja. Kriteria kenaikan pangkat pun diambil kira sentimen politik di Kelantan," katanya di sini.

Menurutnya juga sejak 1990 sehingga sekarang wakil-wakil rakyat bukan Barisan Nasional langsung tidak dibenarkan masuk ke sekolah di bawah kementerian.

Sedangkan katanya, wakil-wakil rakyat BN bebas menggunakan sekolah untuk kepentingan politik.

"Malah ada tukang kebun yang menjadi ketua cawangan lebih berpengaruh daripada seorang pengetua sekolah.

"Inilah yang berlakunya sekarang, ketua cawangan atau ketua bahagian menggunakan sekolah untuk berkempen sedangkan wakil-wakil rakyat di pihak lain tidak dibenarkan langsung.

"Bagi saya bukannya setakat penglibatan guru kumpulan A sahaja, malah ia seharusnya untuk semua penjawat awam," katanya yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan.

Beliau berkata, berilah kebebasan memilih parti yang dekat dengan naluri mereka.

Menurutnya orang yang berpendidikan tinggi seharusnya diberi kebebasan untuk berpolitik kerana mereka merupakan golongan intelek.

Kata beliau sebagai golongan terpelajar tentunya dapat membahagikan masa di antara kerjaya dan politik. - mj _

Selanjutnya...