:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

23 April 2009

DG2941: NUTP sudah cuci tangan?

Luahan berikut dipetik daripada blog NUTP. Nyata kumpulan DG2941 tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada gaji pokok mereka yang jauh lebih rendah jika mereka kekal dalam gred lama (tidak sambung belajar). Aneh bukan? Makin tinggi belajar, makin merendah pula gaji pokok...
--------------------------------------------------------
crkb said...

Salam utk semua...
Cuba rakan2 dan puan SU baca komen yg saya copy and paste dari sebuah laman blog.

Fri Apr 17, 2009 5:44 AM
Komen :
Padan muka kat kau orang dg41,dulu blagak degree gaji besar,hah sekarang baru kau tahu kenaikan dg32 lebih besar dan elaun ppsmi kita oarng lagi besar 10%.Kepada kawan2 yang sambung belajar jangan marah,terima kasih kepada KPPK,peluang untuk sambung belajar kami akan rebut,pada waktu itu gaji kami dah hampir kat P1T17,pas tu gaji naik rm150 beb sama macam dg44,heh he he,amacam canggih tak strategi kami.Dalam kehidupan kita mesti bijak merancang,jadi jadi macam guru2 yg sambung belajar,duit bertimbun2 habis tetapi gaji ciput,heh he he.

Adakah :
1. Kita berlagak dengan degree kita?
2. Kita kumpulan DG29/41 terutama yg belajar sepenuh masa kat U beruntung dgn fornula 7+3?
3. Mereka bijak dan kita ni dungu kerana dpt degree?
4. Kenaikan +-RM500 ke gred DG44 selepas 7 tahun tu dikira untung besar bg kita 29/41 berbanding dengan 29/32/41 terutama GB di sek rendah?
5. Terbakar hati kita?

Mon Apr 20, 09:33:00 PM 2009
---------------------------------

myviturbo said...

Salam sejahtera.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 11 April 2009 yang lalu, saya merasa amat kecewa sekali dengan jawapan tersebut. Saya beranggapan bahawa pihak NUTP memperjuangkan insiatif lain selain dari 3 + 7. Rupa-rupanya berita gembira yang diwar-warkan seluruh Malaya hanya berita untuk mereka yang sudah lama berkhidmat dlm dg41. Apa cerita pula dengan mereka yang terlepas merasa dga32. Sepanjang hayat mereka akan ketinggalan kerana setelah menyambung pelajaran.
Saya dan isteri telah posting dari Maktab Perguruan yang sama dan tarikh yang sama iaitu 01 Julai 1996. Saya menggunakan sijil STPM dan isteri saya SPM. Setelah beberapa tahun mengajar, dg6 telah diupgrade menjadi PPPLD. Mereka yang memiliki sijil SPM telah menghampiri ke tangga gaji yang hampir dengan STPM. Tak kisah lah..
Pada Mei 2002 saya telah bernekad untuk sambung belajar sepenuh masa PKPG di UKM Bangi sesi 2002-2005. Pada tahun tersebut, gaji guru-guru yang sambung belajar masih statik dan 1/2 gaji hinggalah belanjawan tahun untuk tahun 2003 yang memberikan kenaikan gaji secara isyarat. Kami redha.. terima segalanya.
Pada 16 Mei 2005 saya telah diposting sebagai guru dga29 hingga menunggu perlantikan ke dg41. Dalam tempoh tersebut saya tidak berpeluang untuk menduduki PTK, dan pada tahun 2005 tersebut merupakan tahun ke10 saya berkhidmat dalam dga29. Oleh kerana menantikan perlantikan ke dg41, urusan pengesahan jawatan di dg41 telah tertangguh hampir 2 tahun. Walaupun tarikh pengesahan tidak berubah namun saya tidak berpeluang menduduki PTK hingga pengesahan jawatan diperakukan.Saya pasrah, terima dengan redha.
Setelah itu pada tahun 2007, titik hitam berlaku lagi, apabila kerajaan megumumkan kenaikan gaji 25% untuk kakitangan sokongan, dan 15% untuk profesional. Maka dengan kenaikan tersebut gaji saya dengan isteri saya telah jauh ketinggalan. Pada tahun 2006 beliau telah menikmati dga32 dengan tangga gaji rm1932. Setalah setahun menikmati dga32, dinaikkan pula 25% maka gaji saya telah tertinggal jauh di belakang. Kita duduk sebumbung, senioriti dalam perkhidmatan sama namun gaji beliau jauh dihadapan. Tahun 2011 nanti beliu bergelar siswazah. Dan pada ketika itu kemungkinan saya dah mendapat dg44 namun masih lagi tertinggal jauh di belakang beliau.
Kekejaman ini berlaku terjadi dengan disedari oleh semua pihak yang teribat. Namum mereka hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja. Jiwa yang bergelora selama beberpa tahun siapa yang tahu.

Harap pihak NUTP cuba mencari satu jalan penyelesaian masalah dengan memberikan dga 32 kepada mereka yang terlepas dan seterusnya dilantik ke dg41 tanpa memberikan tunggakan gaji atau sebagainya. Dengan cara sedemikian perbezaan gaji antara dga32 dengaan dga29/41 telah diselesaikan dengan seadil-adilnya.

Dan sekiranya jalan penyelesaian tidak dibuat, kami merasakan saluran yang terbaik adalah melalui Menteri Pelajaran ataupun Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya dimaklumkan.

Sekian terima kasih

Mon Apr 20, 09:58:00 PM 2009
--------------------------------

crkb said...

saudara myviturbo dan isteri dilantik Julai 1996.
Saya dilantik Januari 1987, 9 tahun sebelum tu.
Saudara masuk belajar 2005, saya =, setelah puas memohon, 2004 baru berjaya masuk U, setahun sebelum tu.
Gaji saudara jauh dibelakang gaji isteri saudara.Gaji saya?Menjadi bahan gelak ketawa rakan yang dalam DG32.Gelak berguling2 bagi rakan DG32 yg tunggu untuk dilantik ke DG41. Gelak sakan rakan DG32 yg dah dapat DG41.
Gaji kita tetap kekal lebih rendah dari kumpulan DG29/32/41 walaupun kita bakal mendapat KUP DG44 kerana bakal gaji kita di P1T1 DG44 adalah lebih rendah dari gaji kumpulan kumpulan tersebut sekarang.

Saya sokong cadangan bahiaa00 agar kes kita dikemukakan secara peribadi kepada Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri supaya MP & PM mengetahui kedudukan sebenar.Buatlah satu perbandingan kes sebenar.Kalau tak silap saya dah post perbandingan gaji saya dengan gaji rakan2 dlm DG32, DG32/41...
Kita sama-sama fikirkan mcm mana caranya supaya kes ni benar2 sampai ke MP& PM sendiri.

Tue Apr 21, 08:54:00 PM 2009
--------------------------------

Puteri Azni said...

Puan SUA said:
Kita sedang memantau DG 29/41 ke DG 44 kalau masih bermasalah kita terpaksa bertindak. Golongan ini akan menerima perbezaan gaji RM 500-RM 600. Siapa kata tidak untung.

Puan SUA,
Terima kasih memperjuangkan 7+3. Kami di Kelantan sudah menerima surat perlantikan ke dg44 bertarikh 24Februari 2009. Kenaikan pangkat DG44 mulai 16.05.2008. Malangnya, apabila kerani membuat perubahan gaji, saya mengalami kerugian melalui kaedah 7+3 berbanding kenaikan time based biasa.

Saya dilantik dg29 pada 1.1.91. Dilantik ke dg41 pada 1.5.99.
Melalui time based biasa, saya layak dg44 pada 1.5.2009. Melalui kaedah 7+3, saya layak 9+1.

Melalui kaedah 7+3/(9+1):
1.4.2008 = RM3173.67 (DG41 P3T14)
16.5.2008 = RM3283.55 (DG44 P1T3)
1.4.2009 = RM3433.83 (DG44 P1T4)

Kaedah Time based biasa 10 tahun
1.4.2008 = RM3173.67 (DG41 P3T14)
1.4.2009 = RM3272.47 (DG41 P3T15)
1.5.2009 = RM3584.11 (DG44 P1T5)

Perbezaan kenaikan gaji saya kepada DG44 pada 16.5 2008 hanya RM11.00 berbanding gaji pada DG41 untuk kenaikan pada 1.4.2009.
Malahan saya telah kerugian 1 matagaji jika menerima kaedah 9+1.

Soalan saya:
1. Betulkah kaedah perubahan gaji yang dibuat oleh kerani saya untuk 9+1 itu?
2. Sekiranya pengiraan itu betul, bolehkah saya nenolak kenaikan pangkat 9+1 dan menunggu kenaikan pangkat timebased biasa 10 tahun?

Untuk tempoh 10 tahun ke DG48, sekiranya saya menerima 9+1, saya akan berada 2 tahun di gaji mati dan untuk kaedah timebased biasa, saya akan berada di T14 pada tahun ke 10 tanpa perlu statik untuk ke DG48

Tue Apr 21, 09:26:00 PM 2009
--------------------------------

mie said...

nampaknya KPPK spt sudah malas melayan permasalahan guru2 2941 ini. Cara2 Pn SUA menjawab pn spt melepaskan batuk di tangga shj.

Sy adalah salah seorang yg terlibat dlm permasalahan ini, tak payahlah diceritakan lg sbb ceritanya sama saja dgn ribuan guru2 2941.

Kadang2 sy tertanya, kenapa mslh ini boleh berlaku?, dimana silapnya?, mengapa KPPK tidak bertegas dlm hal ini?.

Selagi perkara ini tidak selesai ramaila golongan pendidik yg mengalami ketidakadilan, emosi terganggu dan kualiti perkhidmatan yg menurun....akhirnya golongan pelajar jua yg rugi.

Kpd KPPK lakukanlah sesuatu, jgnlah pandai menabur janji2 manis shj.

Tue Apr 21, 10:35:00 PM 2009
--------------------------------

jeson said...

Rakan2 dg29/41, Masalah saya sama dengan saudara myviturbo. Saya mula berkhidmat pada tahun 1995(dg29) dan melanjut pelajaran pada 2002-2005(pkpg). Saya dilantik dg41 pada september 2005. saya sepatutnya layak mendapat dg32 pada tahun 2006. Bila saya bandingkan gaji saya dgn rakan yang sama posting dg29(1995) yang telah mendapat dg32 pada 2006, gaji saya jauh ketinggalan. Satu situasi lagi, ada rakan2 saya yang sama menyambung pelajaran(pkpg) tetapi gagal pada tahun pertama sekarang telah mendapat dg32 mempunyai gaji yang jauh tinggi dari saya dan sekarang mereka mengambil pjj dan tak lama lagi akan mendapat dg41. Ini akan menyebabkan perbezaan gaji kami semakin jauh berbeza.. Siapa yang tidak kecewa dengan kenyataan ini...yang gagal mendapat ganjaran yang lebih baik berbanding dgn kita yang dapat meneruskan pengajian. Seolah2 kita yang dapat melanjutkan pelajaran...lebih bodoh berbanding rakan2 yang tidak mahu upgred diri gagal meneruskan pelajaran. Patutkah kami berdiam diri???? mengapa susah sangat nak menyelesaikan masalah kami ini?? kalau elaun pedalam yang tidak rasional denagn mudah diluluskan...mengapa nasib kami susah nak di selesaikan??? Menyentuh elaun pedalam...ramai rakan guru tempatan bila ditanya bila nak pindah?? mereka jawab buat apa pindah? kebun tepi sekolah... mereka ini pula yang mendapat habuan yang besar. dahlah rumah tepi sekolah..dapat pula elaun pedalaman.. Puan SU..tolonglah perjuangkan nasib kami...

Wed Apr 22, 02:23:00 PM 2009

10 komen:

sempoi said...

Betul. NUTP ni macam dah lepas tangan lah, jom kita strike la plak... Hehehehe, dah 30000 kawan2 kita tertindas.. buat rugi duit je bayar bulan2.

Anonymous said...

Sebab tu ramai guru pangkah bulan sebab dacing dah senget sebelah

Die said...

Berilah keadilan kepada guru-guru ini...undi tak lama lagi, takut guru boring dgn kerajaan yang ada.Nanti berlaku kejutan ke 2.

Guru Malang said...

hmmm…nak bagi komen skit sal masuk u sepenuh masa n separuh gaji…boley x kerajaan bagi balik separuh lagi gaji kami dulu…selain itu, saya juga ingin memohon supaya kami diberikan kembali 4 kenaikan gaji secara sekaligus…ini adalah kerana seorang rakan yg tua 1 taun drpd saya dan baru bergraduate 1 tahun telah tggi gajinya beratus – ratus ringgit…ini adalah kerana beliau sempat mendapat dga32…gaji kasar saya rm43++ (dg44) manakala gaji kasar beliau sudah mencecah rm51++ (dg41)…perkara yg saya bangkitkan ini adalah utk mengurangkan ketidakpuasan hati golongan kami yang teraniaya terhadap kerajaan…saya juga memohon kepada kerajaan supaya mengira waktu kami belajar sepenuh masa di universiti sebagai pengalaman mengajar supaya mendapat faedah daripada kerajaan yang berkaitan dengan pengalaman mengajar…contohnya guru A telah mengajar dr 1985…pada pertengahan taun 1993, beliau melanjutkan pelajaran di USM…akibat drpd dasar kerajaan yg membabitkan bekas guru PPPLD iaitu sistem 7 + 3, guru A tersebut hanya mendapat 2 tahun ( kerana hanya 8 taun setengah pengalaman mengajar di PPPLD ) drpd sistem tersebut…jika pengalaman di universiti dikira sebagai pengalaman mengajar, sudah tentu guru A tersebut akan mendapat 3 tahun faedah…perkara ini akan mempercepatkan kenaikan pangkat guru A tersebut yg akan pencen tidak lama lagi…kumpulan guru yg senasib guru A juga agak ramai…kerajaan juga disarankan supaya tidak mengehadkan pengalaman yg diambil kira dalam PPPLD iaitu 3 taun…hal ini akan memberi peluang kpd guru2 yg sudah lanjut usia utk cepat naik pangkat…contohnya jika ss0rang guru tersebut sudah ada 21 taun pengalaman mengajar di PPPLD, beliau layak mendapat 7 taun pengalaman mengajar di PPPS…akhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya jika ss0rang guru yg layak dapat dga32 / dga34 / dga36 / dga38 ( perkhidmatan 10 taun ke atas dalam PPPLD ) tapi x dapat coz dilantik ke dg41 diberikan satu kenaikan gred…contohnya kalau dia dah 10 tahun kat dga29 dulu tapi x dapat dga32 sebab naik ke dg41 terus dinaikkan ke dg44…sekian…saya mengharapkan pihak kerajaan supaya membaca ruangan ini kerana byk idea drpd pendidik boley digunapakai utk memartabatkan profesion perguruan…

Anonymous said...

Sebenarnya guru DG29/41 telah berusaha gigih dalam mengejar cita-cita dan menuntut ilmu.Mereka hebat cuma mereka tak tau satu perkara bahawa di dunia ini semuanya telah ditentukan. Percayalah tiada usaha di dalam dunia ini.Jika kita tidak boleh memilih nama kita sendiri (ibu bapa yang beri semasa bayi),siapa ibu bapa kita(jodoh ditetapkan),genetik kita(diwarisi),agama kita(diwarisi juga,sedikit sahaja yang "lain"sikit),apatah lagi benda2 ciput macam rezeki(5%,10% and so on..).Ingatlah,jangan menjerit kat sapa2,redhalah takdir Illahi.Anda semua sebenarnya lupa(namanya pun "insan=pelupa in Arabic",saya ingatkan saja).

mohdsaufee said...

sy pun antara yg paling rugi dr segi gaji. lebih rugi drp kebykn rakan2 di atas. malah dah ada master pure biology lg. GAT6 pn tk dpt. tapi sy dah penat nk jadi pungguk rindukn bulan. biarkan je la. sikit ke byk ke yg penting bukan berapa ke GP ke. atau join MLM ke. lg byk dapat. ada satu kwn dah dapat RM25000 dgn MLM dia. lg byk dia dpt drp kita. sudah2 la..

Anonymous said...

adoi....
saya pun mangsa mcm yang di atas...kalu tau mcm nie punya siksa...mmg x kan sambung belajar punya...biarlah dok ngajar dgn thp lama...yng penting gaji lbh byk berbanding lps sambung belajar....dah 2, kena lak tanggung hutang ptptn...duit mnyk keta n tol ulang alik ms belajar dulu....Mg ada yang celik mata untuk perbetulkan semua nih.....kecewa sgt!

Anonymous said...

Saya lagi.....KECEWA. Dah tua nak pencen, masih lagi DG41.. Guru kelas tak habis habis. Tak naik pangkat... Sangat kecewa. Langsung tiada motivasi nak mengajar. Sudah lama hati ini hancur luluh apabila diumumkan kenaikan gaji 15% shj utk profesional pada 2007. Kenapa tidak selaras 20% utk semua golongan

Anonymous said...

yus berkata...
sy senasib jason..cuma sy posting dg29/dg6 pd 1993....buat pkpg biology 2002/05..posting 2005. dg32..ptut dpt 2003..ms exam ptk sama dgn exam di u, terlepas.nak tunggu dg44..2012 baru dpt....mlang betul nasib kita, terutama lps 2007, pelarasan gj...patutnya semua dpt 20%.Nasib mlang.

Anonymous said...

MARI KITE RAMAI2 PANGKAH BULAN.. KALAU MCM NI LA GAYANYA.... HAHAHAHAHAHAHA

Post a Comment