:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

14 November 2008

Apa salahnya tayangan Sajak Kematian?


Sumber: Forum Utusan Malaysia Online (13 November 2008)

TAYANGAN Sajak Kematian di hadapan murid-murid sekolah rendah telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada segelintir ibu bapa dan orang awam bersetuju dengan dengan tayangan tersebut dengan syarat ia perlu disertakan dengan penjelasan agar kanak-kanak tidak hanya berasa takut semata-mata tetapi menambahkan keyakinan bahawa kematian dan dan siksaan kubur itu adalah benar.

Tidak kurang pula ada yang membantah akan tayangan ini dan menganggap ia akan menakutkan kanak-kanak dan menimbulkan sifat penakut dalam diri mereka. Di sana sini pakar psikologi memberikan pandangan berdasarkan displin ilmu psikologi Barat bahawa tayangan ini akan memberikan impak negatif kepada kanak-kanak. Tidak kurang pula mereka yang mempunyai autonomi dalam membuat keputusan penting dalam hala tuju pendidikan di negara kita meminta agar tayangan ini dikaji semula kerana bimbang ia akan menjejaskan perkembangan minda kanak-kanak.


Satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Dr. Anita Chandra, saintis dari RAND Corporation, sebuah badan bukan kerajaan di Washington ke atas 2,000 remaja Amerika Syarikat yang berusia 12 hingga 17 tahun di mana kajian tersebut adalah berkenaan kesan program televisyen popular ke atas penontonnya. Keputusan kajian ini amat mengejutkan di mana remaja perempuan yang banyak menonton siri televisyen termasuk siri kartun yang mengandungi banyak adegan seks, berisiko dua kali ganda untuk mengandung luar nikah. Malah remaja yang turut menonton siri televisyen seperti Sex and The City dan siri komedi Friends, juga kemungkinan besar terjerumus melakukan hubungan seks yang menyebabkan teman wanitanya hamil.

Bagi saya, tayangan Sajak Kematian kepada pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah merupakan salah satu cara untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada mereka menggunakan deria mata, telinga dan akal.

Adalah sesuatu yang mustahil sekiranya guru atau orang dewasa yang menayangkan Sajak Kematian ini tidak memberikan penjelasan kepada pelajar. Kematian dan siksaan kubur merupakan sesuatu yang pasti dan dan berlaku. Walaupun hakikat yang sebenarnya manusia tidak dapat menggambarkan dengan akalnya bagaimanakah keadaan yang sebenar sakratul maut dan siksaan kubur.

Apa yang digambarkan dalam Sajak Kematian itu adalah had pemikiran akal manusia yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penonton bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada balasannya walau sebesar zarah. Betapa lemahnya sifat ihsan dalam diri manusia yang tidak dapat menyakini serta menyedari bahawa mereka sentiasa dalam pengawasan dan pemerhatian Allah.

Kita mula menjadi risau jika tayangan seperti Sajak Kematian ini menyebabkan anak kita sentiasa berasa dalam ketakutan. Persoalannya, apakah selama ini tayangan drama dan filem yang berunsurkan 'hantu' dan genre 'seram' di kaca televisyen tidak mengundang ketakutan kepada mereka?

Setiap minggu episod tersebut ditayangkan sedangkan Sajak Kematian hanyalah satu episod yang bukan ditayangkan secara langsung di kaca televisyen. Adakalanya drama dan filem hantu mempunyai penjelasan yang kukuh kepada anak-anak selepas ditayangkan?

Begitu juga dengan tayangan drama atau filem yang mempunyai unsur seks. Walaupun negara kita mempunyai klasifikasi filem dan drama yang tertentu, namun mengapa masih ada yang terlepas daripada saringan ini? Itu tidak termasuk VCD, DVD filem yang terjual di pasaran baik yang asli mahupun cetak rompak.

Kita mengambil ikhtibar daripada hasil kajian yang disebutkan pada awal catatan tadi. Justeru, mengapa tayangan drama dan filem seperti ini yang tidak kita tentang?

SHAMSIAH MAHLI
KUCHIN
G

0 komen:

Post a Comment