:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

14 October 2008

:: Jasa setiap guru wajar dihargai


Sumber: Surat Pembaca Berita Harian (14/10/2008)

SAYA ingin mengulas surat pembaca ‘Kakitangan Bukan Guru’ 11 Oktober lalu.
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan penulis berkenaan. Dakwaannya bahawa guru tidak henti merungut adalah tidak berasas sama sekali.

Guru menulis di surat pembaca bukan merungut tapi menuntut pembelaan. Salahkah guru menuntut pembelaan?


Itu adalah hak mereka bagi memenuhi hak asasi sebagai guru.

Penulis ‘Kakitangan Bukan Guru’ mendakwa pernah berpengalaman enam bulan mengajar sebagai guru sementara, sedangkan guru sementara sebenarnya tidak dibebankan dengan tanggungjawab guru tetap.

Penulis itu tidak merasai keperitan tugas dan tanggungjawab guru.

Dakwaan tugas guru tidak berat adalah fitnah dan penulis wajib memohon maaf kepada semua guru.

Dakwaan penulis yang gaji guru tidak setimpal dengan input kerja guru juga adalah tohmahan melampau.

Penulis berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadi jurutera adalah kerana jasa dan pengorbanan guru. Janganlah kita menjadi manusia lupa diri.

Bila berjaya mereka lupa segala pengorbanan ibu, bapa dan guru. Kenyataan penulis itu sangat menghiris hati sekiranya dibaca oleh guru yang pernah mendidik penulis.

KAMARUL ARIFFIN ZARKASI,
Pinggiran Batu Caves,
Batu Caves, Selangor.

0 komen:

Post a Comment