:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

14 October 2008

:: Tugas guru sementara tidak membebankan

Sumber: Surat Pembaca Berita Harian (13/10/2008)

SAYA tidak berpuas hati dengan kandungan surat yang ditulis Kakitangan Bukan Guru, dari Kuala Lumpur, yang disiarkan di dalam ruangan ini, Sabtu lalu.
Penulis itu menyatakan bahawa dia pernah menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Berdasarkan pengalamannya, penulis itu merendah-rendahkan kerjaya perguruan. Dia sepatutnya sedar dia hanyalah guru sementara. Jadi beban kerja yang diberi pentadbir sekolah kepadanya bersesuaian dengan jawatannya yang disandang pada masa itu.


Perkara pertama yang saya tidak puas hati adalah dia menyatakan jumlah jam bekerja yang terlalu singkat. Tidak dinafikan guru ke sekolah separuh hari saja, tetapi adakah dia sedar bahawa guru membuat tugas menyemak buku latihan atau buku kerja atau tugasan murid di rumah?

Misalnya guru sesi pagi membuat kerja mereka pada waktu petang dan malam atau guru sesi petang membuat kerja mereka pada waktu pagi dan malam atau guru sesi pagi balik ke rumah lewat atau guru sesi petang datang ke sekolah awal.

Kedua, berkenaan bilangan waktu mengajar hanya dua atau tiga waktu sehari. Sepanjang pengalaman saya mengajar selama tujuh tahun, bilangan waktu mengajar harian adalah berbeza-beza di mana jumlahnya yang saya pernah dapat untuk seminggu adalah 25 dan paling banyak 28.

Ketiga, penulis itu meminta guru berhenti meminta-minta dan merungut melalui ruangan ini. Pada pandangan saya, sesiapa saja berhak untuk meluahkannya di dalam ruangan ini supaya dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup, kerjaya, sosial dan sebagainya.

GURU WANITA DG41,
Bandar Baru Bangi,
Selangor.

0 komen:

Post a Comment