:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

25 May 2009

Ke mana hilangnya Yayasan Guru?

Sumber: Forum Utusan Malaysia |22 Mei 2009|

BELUM terlambat rasanya saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara dengan tema pada tahun 2009 ini Guru Pembina Negara Bangsa. Saya mengharapkan ucapan sebegini akan disampaikan dalam ruangan ini oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB ).

Malangnya selepas beberapa hari sambutan Hari Guru berlalu namun kelibat dari YGMB pun tak kelihatan. Slogan Bersatu Maju pun tak wujud lagi.

Saya sebagai salah seorang ahli seumur hidup YGMB terus tertanya-tanya ke mana perginya yayasan yang tidak dapat dikesan ini. Telefon pun tidak ada dalam perkhidmatan lagi.

YGMB satu ketika dulu mempunyai 141,056 hingga 165,687 ahli seumur hidup dan 75,369 orang ahli biasa (data 30 September 1998). Ahli seumur hidup membayar antara RM200 /RM500 sahaja, manakala ahli biasa membayar RM24 setahun. Pelbagai insentif berbentuk kebajikan ahli telah ditawarkan.

Mengikut data 24 Oktober 2007, YGMB mempunyai wang tunai sebanyak RM8.678 juta yang disimpan dalam bentuk akaun semasa dan akaun tetap. Sementara unit saham melalui terbitan awam pula sebanyak 3.6 juta.

Mengikut laporan 1999 YGMB mempunyai pelaburan jangka panjang dalam bentuk simpanan tetap sebanyak RM5.8 juta, melabur dalam BSKL sebanyak RM7.4 juta dan dalam anak-anak syarikat sebanyak RM4.5 juta. Pelaburan harta tetap YGMB di Pusat Bandar Melawati dengan harga RM2.1 juta dan sebuah bangunan kedai empat tingkat di Seberang Perai dengan harga RM1.38 juta.

Sementara mengikut struktur korporat, YGMB mempunyai 100% Pegangan Guru Malaysia Sdn. Bhd., 20% dalam Permodalan Guru Malaysia Bhd., 55% dalam YGMB-Asha Holidays Sdn. Bhd., 100% dalam Promojati Arif Sdn. Bhd., dan 100% dalam Rata Intelek Sdn. Bhd.

Persoalannya, sebagai ahli seumur hidup, saya dan mungkin juga semua ahli YGMB tidak pernah lagi mendapat maklumat terkini tentang perjalanan YGMB. Mungkin guru-guru terlalu sibuk dengan kerenah pendidikan masa kini hingga terlupa kewujudan YGMB dan YGMB pula mengambil jalan mudah dengan buat bodoh saja.

Sebenarnya saya pun dah tak kisah lagi. Cuma kalau YGMB dah muflis declare sajalah. Keluarkan penyata kewangan dan maklumkan ahli-ahli. Itu pun susah ke? Orang tubuhkan yayasan kita nak tubuhkan yayasan tapi akhirnya tak dapat dikesan. Ada juga ura-ura nak tubuhkan Bank Guru. Tak ada maknanya. Tak payahlah.

Selamat Hari Guru kepada para guru khususnya kepada ahli-ahli YGMB. Ayuh kita bina negara bangsa.

GURU SEMENTARA
Kuala Lumpur

14 komen:

Anonymous said...

Yang berhormat Menteri Pelajaran,
tolong lah cari di mana Yayasan ini sekarang. Semua buat bodoh saja kah?

Anonymous said...

Saya menyokong tulisan di atas.. YB Dato' Muhyiddin.. tolong tengok-tengok-sama... apa sudah jadi dengan yayasan ini.. saya jadi ahli seumur hidup sejak dilancarkan.. dah tak ingat dah bila.. potong gaji.. tapi bila tanya mana kad keahlian.. jawabnya.. nanti kami kirim.. dari setahun ke setahun sampai le sekarang.. entah ada ke tidak lagi kad tu.. atau YGMB sendir dah lenyap..!!???

Anonymous said...

kamal bin ulong says::melayu mudah lupa:;melayu sudah kena::guru pown sudah lupa::jadi depa syok saja::nanti tubuh yayasan guru lain pulak sama2 masuk sama2 kena::syabas kepada yayasan guru

Anonymous said...

yayasan guru patut memberi keterangan yang tulus dan iklas tentang keujudtannya...
dah lah jadi member seumur hidup tapi satu incentive langsung tak terima. dah 8 tahun bersajana muda mungkin bersajana tua baru dapat incentive .... faham faham lah. harapkan pagar, pagar makan guru.

Anonymous said...

hek eleh bende ni kan da setel tahun lepas.semakla dulu sblm update.ketinggalan zaman betul;

Anonymous said...

Setel macam mana...tak de maklumat pun...

Anonymous said...

saya antara ahli seumur hidup ygmb yang entah apa2.peringkat awal promote bukan main hebat lepas tu senyap.macam2 benefit yang disembang.saya mohon insentif sambung belajo tp bagi alasan yg sy tak boleh terima.tolong jgn buat mcm ni tak baik.beri harapan kpd guru2 tp habuk pun takde.tak mampu jgn buat.kami tak tahu ke mane pegi duit berjuta2,berapa untung,berapa jumlah yg dah menerima manfaat dan macam2 lg.kes ni blh kita anggap sbg menipu.akhbar 20.09.2010 ade kisahkan ttg ygmb dgn koperasi,blh buat pinjamanlah,kempen jd ahlilah.ape2 pun ygmb sepatutnya hantarlah buletin ke utk kami ketahui dgn jelas dan sahih.sy tak faham mcm mane kalian berfikir.

Anonymous said...

Saya ni ahli seumur hidup. Bayar cash RM200.00. Pergi pelancaran kat Stadium Negara lagi. Sampai saya dah tukar banyak sekolah dan dah berhijrah ke negeri lain sampai la ni tak dengar apa-apa perkembangan berita tentang YGMB. Apa dah jadi? Kata ada macam-macam insentif untuk ahli tapi habuk pun tarak. Dalam Buletin macam-macam tulis tapi ahli tak dapat apa-apa. Mana perginya duit ahli?????

Anonymous said...

Saya ni ahli YGMB seumur hidup. Dulu masa ditubuhkan semua guru wajib jadi ahli samada jadi ahli seumur hidup bayarlah RM200 atau bayar bulan-bulan. Lepas tu dapatlah kad ahli. Ada juga keistimewaan kepada pemegang kad, dapat potongan harga di fokus point, farmasi terpilih dan hotel dan resort terpilih tapi saya tak dapat apa-apa keistimewaan pun sebagai pemegang kad. Dah berbelas-belas tahun wujudnya YGMB tapi saya tak tahu perkembangan YGMB kerana tak ada berita dikirimkan kepada ahli. Nampaknya YGMB indah khabar dari rupa. Sekarang ni pun YGMB sibuk cari ahli baru tapi adakah ahli baru ni akan senasib dengan ahli-ahli lama yang tidak akan mendapat apa-apa berita setelah menjadi ahli. Setelah berpindah tempat kerja saya telah terbaca buletin tahun 2002 yang saya jumpa di tempat kerja baru saya yang menyatakan rekod kebajikan (1998-2002) yang telah dibayar kepada ahli adalah sebanyak RM2,754,900.00. Itu belum lagi jumlah yang telah lulus sebanyak RM5,763,100.00. Ini meliputi derma khairat kematian ahli, insentif pelajaran dan pelbagai. Macamana ahli-ahli ni mendapat insentif ni? Macamana diorang mohon ye? Sedangkan saya dah berbelas-belas tahun menjadi ahli tak tahu apa-apa perkembangan tentang YGMB ni. Adakah YGMB ni masih wujud? Surat pertukaran alamat yang dikirim pun tidak dibalas. Malah kad ahli saya pun sampai dah hilang kerana berbelas-belas tahun menunggu berita dari YGMB. Akhirnya saya akur bahawa mungkin kemudahan yang disedikan oleh YGMB ni hanya untuk sesetengah ahli saja dan bukan untuk semua......sedih sungguhhhhhh...Terbang duitku RM200. Masa dulu RM200 ni besar nilainya sebab gajiku masa tu sikit.....

Anonymous said...

Aku pun terkena dah..... Masa mula nak tubuh dulu JPN pun paksa cikgu2 kena masuk jadi ahli. Pas tu sampai la ni....habuk pun tarak!!!Aku ni ahli seumur HIDUP.... Seumur hidup la kena tipu. Kalau 200rm tu aku labur dlm ASN dari tahun 1992 dulu sampai skrg pun dah dpt untung balik modai dah... Fikir2 lah dan selamat Beramal!!!!

Anonymous said...

saya menjadi ahli semenjak tahun 1995, tapi bila nak daftar e-YGMB xlepas2 apa sudah jadi, betul ke sistem yang disediakan atau pun hanya peringkat percubaan.. sampai bila kami yang menjadi ahli seumur hidup akan terus di tipu. Orang atasan hendaklah celik minda agar kami tidak terus di tipu hidup-hidup sebelum mati..............

Anonymous said...

hari ini saya dapat buletin YGMB buat pertama kalinya semenjak dipaksa membayar RM200 pada tahun 1992. pada masa tu wakil YGMB menyatakan yang RM200 itu merupakan saham. rupanya baru saya tahu itu ialah yuran seumur hidup. mengapa kata saham? kalau nak lobi orang pun cakap lah yang betul. masa tu saya berumur 36 tahun. sekarang dah 56 tahun dan akan bersara tahun ini. terharu dapat buletin buat pertama kali dan baru tau YGMB ini wujud lagi rupanya...

Unknown said...

Betul ke?

Anonymous said...

Sy balu kepada ahli ygmb. Tidak mendapat maklumbalas ttg khairat kematian sehingga skrg. Inginkan penjelasan

Post a Comment