:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

11 October 2008

Guru tidak berhenti merungut

Menarik apa yang cuba ditonjolkan oleh Kakitangan Bukan Guru (KBG) dalam suratnya kepada Berita Harian. Berdasarkan pengalaman sebagai guru sandaran selama enam bulan dan pemerhatiannya, beliau menjustifikasikan banyak perkara tentang perkhidmatan perguruan. Ada yang benar dan banyak juga yang di luar pemahaman beliau. Umpamanya jumlah jam yang terlalu singkat dan guru hanya mengajar 2-3 waktu sehari (saya sendiri mengajar 4-5 waktu sehari) dan beliau mungkin tidak menyedari ada guru yang terpaksa mengajar melebihi had waktu maksimum untuk seminggu.

Itu di antara yang boleh dijawab. Cukuplah kerana KBG bukanlah guru dan tentulah beliau tidak dapat memahami profesion ini. Bandinglah dengan profesion lain dan lihatlah aspek kebajikan dan gaji yang diterima oleh profesion lain yang setaraf.
-------------------------------------------------------

Sumber: Surat Pembaca Berita Harian (11/10/2008)

KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya.


Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan.

Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual.

Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru.

Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.

Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu.

Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka.

Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi?

Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.

KAKITANGAN BUKAN GURU,
Kuala Lumpur.

6 komen:

Anonymous said...

setakat 6 bulan jadi cikgu...sementara pulak tu..nak komen. buat malu je, tak payahlah. bersyukurlah ada dah jadi jurutera barangkali..tapi siapa yang mendidik anda sampai jadi begini...apa bakti anda untuk guru anda. terima kasaihkah anda kepada mereka yang pernah mengajar anda dari A hingga Z dari no 1 hingga tak terbilang..pernah anda mengucapkan terima kasih...rasa tidak. kalau anda tahu cikgu malang yang anda kutuk inilah yang menjadikan anda manusia berguna di dunia ini..anda pastinya menyokong kami..tapi nampaknya anda seperti kacang lupakan kulit...tak mengapa muridku....kami iklas mengajar anda. anda mungkin tidak iklas mengucapkan terima kasih kapada guru anda. lempoyang..sedih kawan-kawan kita ada murid seperti ini.

Anonymous said...

Bukan semua guru macam tu, bonda guru ni nak bagi tau di sekolah bonda pun ada sorang dua yang sangat malas tapi kalau pasai apa2 berkaitan duit dia sangat sibuk. Dia tak tau duit dia tu tak halal dan murid kelas lemah selalu jadi mangsanya. Pasal kerja dua tiga waktu tu kena tengok la, macam sekolah bonda satu waktu bersamaan 1 jam dan menggunakan jadual anjal.Kalau guru yg dedikasi waktu sikit sekalipun dia akan gunakan utk kerja yang berfaedah bukan sembang saja dan duduk di kantin lama2 atau mengadap laptop saja.Ingatlah rezeki kita ada pada anak2 didik kita.

Anonymous said...

Lebih baik diam daripada bercakap. Lebih baik tambah ilmu daripada membuat andaian dengan pengalaman yang sedikit.
Kalau anda betul2 dedikasi sebagai guru sandaran, anda akan dapat lihat hakikat sebenarnya daripada yang anda rasakan. Eloklah kerana anda tidak memilih kerjaya guru, jika tidak....

Anonymous said...

Siapa anda sebelum menjadi orang terpelajar? Gurulah yang sanggup betungkus lumus memberi tunjukajar, dari seorang yang buta huruf hinggalah kenal huruf dan celik akal. Hanya akal yang buta sahaja yang tidak dapat menghayati tugas sebenar seorang guru. Mungkin ada guru yang anda maksudkan.. itu hanyalah segelintir sahaja.Cuba anda berada di sekolah-sekolah yang cemerlang..gurunya bekerja siang dan malam, mengadakan kelas secara formal atau sebaliknya, semata-mata untuk memastikan anak didiknya cemerlang, bukan hanya cemerlang akademik malahan sahsiah jua. Bersyukur saya kerana mendapat pendidikan dari guru-guru sejak dari sekolah rendah hinggalah universiti.

Anonymous said...

kepada kbg..jgn nak mengutuk guru jika anda tidak tahu tugas sebenar guru.saya juga seorang guru dan hanya guru yg tahu beratnya tugas yg dipikul.walaupun bekerja separuh hari,setiap hari kami memanjat tangga, mengajar dlm keadaan yg panas,tiada penghawa dingin sepeti di pejabat,selalu menjadi kerani,jgn cuba merendahkan martabat guru,tanpa guru,anda tak mungkin menjadi seperti sekarg.kalu tak percaya, cuba jd guru yg sebenar.baru anda akan rasa.

Azam Zaki said...

tu le cikgu tegor sket panas , dah memang korang cuti banyak keje sket , setakat koko , mesyuarat , cek buku budak , ko pegi keje swasta tengok tido kat opis bagai. stop merungut le jangan jadikan alasan kerja mendidik kami semua kena diam dan dengar , kalau tanak keje benti le

Post a Comment