:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

09 January 2009

DG2941: Jengah ke blog NUTP

Menjengah ke blog NUTP seketika; nampaknya isu dg2941 masih panas dan sudah tentu NUTP antara sasarannya. Berikut dipetik beberapa luahan pengunjung blog tersebut:

Blogger salfida75 said...

Assalamualaikum semua..

Saudara salfida75

Terima kasih atas pandangan saudara. Apa yang saudara katakan mengenai tuntutan gaji 1.7.2007 mengenai NUTP adalah tidak tepat.

Terima kasih kembali kepada SUA.

Saya mohon maaf jika maklumat saya itu tidak tepat tetapi apakah peranan NUTP ketika itu? Yang dikatakan suara guru yang paling berpengaruh? Apa yang berlaku sebenarnya..mohon SUA beri gambaran sedikit agar ahli semua maklum atau mungkin kita tidak sedar kewujudan masalah ini..jadi kita kena mengaku dan akur bahawa kita terlepas pandang.Namun apa yang saya dapat buat kesimpulan daripada pandangan2 sahabat2 di blog2 seolah2 100% kesilapan terletak ditangan JPA bukan CEUPACS atau kesatuan lain. Bukankah permohonan maaf lebih mulia daripada membenarkan fitnah2 dan tafsiran tidak menentu meliar tanpa arah.

Cuma saya nak dapat kepastian satu lagi tentang senarai Pemimpin-pemimpin NUTP yang memegang jawatan di CEUPACS spt Lt.Kdr.(B) Hashim bin Adnan (Naib Presiden Gred Pendidikan),Sdr Tey Meng Seng (Naib Presiden PnP), Sdr Kuna Cegeram A/L Tanimala (Timbalan SUA),Sdr Harry Tan Huat Hock (Pen. Setiausaha PnP) dan Sdr Mokhatar bin Ahmad (Pen. Setiausaha Gred Pendidikan..adakah mereka ini baru dilantik untuk sesi 2008/2009 atau sebelum ini sudah ada AJK NUTP lain berada di dalam CEUPACS-rujuk halaman 11,Buletin NUTP Oktober 2008.

Apapun mohon jasa baik puan ambil maklum cadangan di atas. Saya bukan hendak menghentam NUTP cuma ingin membantu menyelesaikan kemelut ini agar dapat gambaran sebenar untuk semua pihak lagipun tiada apa faedah pun saya dapatuntuk fitnah dan sabotaj NUTP sbb banyak perjuangan NUTP telah berjaya membela guru. Selamat Maju Jaya.

Tue Jan 06, 06:57:00 PM 2009

Blogger cg khrie said...

Isu pelarasan gaji 1.7.2007 pada saya bukannya kesilapan JPA. Saya bersetuju dgn pandangan safilda. Tuntutan pelarasan gaji adalah dibuat oleh Cuepacs dan NUTP merupakan antara kesatuan yang mempunyai kedudukan (wakil) dalam Cuepacs.

Tuntutan yang dikemukakan sudah pasti diketauhui secara mendalam (sepatutnya) kesannya kepada keseluruhan kakitangan awam termasuklah kalangan dg2941. Dalam hal ini NUTP sudah pasti maklum dengan keadaan yang bakal berlaku kepada kalangan ahli2nya dg2941.

Secara kasarnya, niat tuntutan yang difahami oleh saya adalah bermatlamat untuk merapatkan jurang gaji antara kakitangan sokongan dengan profesional. Dalam hal ini bermakna kepentingan kumpulan sokongan adalah merupakan fokus utama. Hal sama juga berlaku dalam tuntutan penmabahbaikan PTK seperti mana yang Cuepacs umumkan.

Lebih meragukan tentang dg2941, setelah rungutan dan pelbagai kekecewaan ditimbulkan oleh guru2 yg terlibat, penyelesaian yang cuba diberikan jauh menyimpang daripada masalah sebenar yang wujud. Oleh itu, ketidakpuasan hati dan kekecewaan kalangan dg2941 walau diberi 1 hkg dan 3:1 masih tidak ada kesudahan yang memuaskan hati.
Menyedihkan juga tidak nampak pun kesungguhan Cuepacs dalam menangani isu ini, sedangkan jika melibatkan isu2 kumpulan sokongan cuepacs akan segera ke hadapan untuk membantu penyelesaiannya.

Hanya janji2 penyelesaian oleh NUTP yang agak menyenangkan sedikit hati kumpulan ini walaupun sudah beberapa kali dikecewakan dengan janji2 hampa.

Apa2pun tahniah kepada NUTP yang berkali2 cuba menyelesaikan isu2 guru.

Wed Jan 07, 09:46:00 PM 2009

Blogger noor said...

Berkenaan dengan isu pelarasan gaji 1.1.2007 yang ditimbulkan oleh Safilda75 dan Cg Khrie, saya telah terhidu akan kecelaruan gaji guru DG29/41 yang akan timbul sebelum ia diputuskan lagi. Ketika itu ia masih dalam cadangan.
Saya ada mengajukan masalah yang akan timbul ini kepada KPPK Kebangsaan tetapi jawapan yang saya terima adalah amat mengecewakan. Saya diminta untuk menerima dahulu cadangan ini dan jangan membantahnya kerana ia masih dalam cadangan. Pihak KPPK khuatir kalau isu itu diperbesarkan maka cadangan kenaikan gaji itu tidak akan diluluskan oleh kerajaan.
Ini menunjukkan bahawa KPPK memang sudah tahu apa yang akan berlaku berdasarkan laporan saya. Oleh itu saudara saudari fikirkanlah sendiri apakah prinsip perjuangan KPPK. Saya tidak mahu menjadi dalang memburuk-burukan KPPK kerana saya juga ahlinya selama 10 18 tahun dan saya tetap akan menjadi ahli kerana ini sahaja kesatuan guru yang aktif kita ada.

Thu Jan 08, 09:32:00 AM 2009

Blogger crkb said...

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu, selamat tahun baru 2009 dan selamat kembali bertugas dengan penuh dedikasi.Sesungguhnya kami kaum guru tidak pernah perperasaan untuk menyimpang dari menjalankan tugas hakiki kami walau apa yang melanda dalam profesion perguruan akihr-akhir ini.Tahniah juga buat NUTP atas usaha memperjuangkan nasib kaum guru di Malaysia.

Saya ingin berkongsi permasalah / kejanggalan dalam isu DG29/41 dengan mengambil contoh nyata terhadap saya dan "couresmate" saya di universiti dulu (cuti separuh gaji - belajar sepenuh masa).
Rakan saya gagal dalam beberapa matapelajaran menyebabkan dia kena sambung satu semester.Tahun berikutnya beliau sekali lagi tidak dapat "grad" kerana belum lulus MUET tapi beliau meneruskan perkhidmatan PPBS DG29.Jadi beliau ketinggalan 2 tahun daripada saya.Dalam pada itu beliau sempat mengambil PTK (PTK baru diperkenalkan ketika itu),dan lulus, dinaikkan ke gred DG32.Semasa dlm gred 32, gaji beliau lebih tinggi dari saya dan sekarang setelah bertukar ke DG41, mata gaji beliau berada di P1T13 sedangkan saya baru di T9...
Ini belum lagi dibuat perbandingan dengan rakan-rakan yang tidak sambung belajar atau yang buat PJJ dan baru dilantik ke DG41 ( yang sempat merasa DG32) kerana gaji mereka jauh lebih tinggi kerana saya dah pun berkhidmat selama 13 tahun dalam kategori C2/DGA6/DGA29 sebelum sambung belajar.

Pada pendapat saya isu 2941 ini timbul kerana kadar pelarasan gaji yang tidak tepat.Sepatutnya kaedah merapatkan jurang gaji perlu diperbetulkan bukan dengan cara menaikkan gaji semata-mata.Sepatutnya diberi peluang/galakan/kemudahan/insentif dengan lebih banyak (paksa mereka) belajar untuk mendapat gaji yang lebih tinggi.Bukan dengan kaedah memberi kadar peratusan kenaikan gaji yang tidak sama.Dalam masa yang sama, buat rombakan semula terhadap kenaikan gaji supaya sekata 25% untuk semua kategori.

Harap ada pihak atasan yang buka mata...

Selamat bertugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Thu Jan 08, 10:25:00 PM 2009

16 komen:

shaifful said...

Bukan sahaja kes tu, saya yang baru lepas PKPG ni pun teraniaya jugak, bila sepatutnya keluar dengan tangga gaji asal p2t8, oleh kerana kami dipostingkan pada bulan Jun tahun lepas, dan bukan pada bulan Julai keatas, maka kami kehilangan 1 tahun pergerakan gaji, kerana kami diberikan gaji pada tangga gaji terkebelakang iaitu p2t7, yang menafikan hak kami apabila dilantik ke 41, dengan p2t4, sekarang ini dah rugi satu tahun pergerakan gaji. Pastu nanti tidak lama lagi akan rugi yang ntah apa2 lagi. Kat mana nak merayu? Adoi...

Anonymous said...

kita bakar kelambu... mari kita bersatu menumbangkan kerajaan sekrang yang gagal membela kita.. insyah allah PRU 13....

Anonymous said...

Saya adalah guru Dg2941 yang senasib dengan komen-komen diatas. Walaupun saya melalui fast track sebagai pensyarah tanpa menggunakan keistimewaan 3:1 yang diperuntukkan namun hakikatnya gaji gred Dg44 Hakiki saya masih ketinggalan berbanding DG32 KUP dan DG32-41 kerana peratusan penyelarasan gaji zaman Tun Abdullah 2007 sebanyak 25%. Perbandingan ini hanya melibatkan rakan sekerja lepasan IPG tahun 1996 yang berkelulusan Sijil IPG & SPM sahaja. Mohon keadilan yang tak pernah muncul walaupun dijanjikan dengan pelbagai harapan. Cadangan saya kami golongan DG2941 dan kini DG44 atau DG48 (yang tak berkesempatan guna keistimewaan 3:1 diberi peningkatan 3 tangga gaji kehadapan pada gred skrg. NUTP juga harus melihat kumpulan guru-guru yang naik Gred DG44/48 pada sitem SSM kerana mereka yang naik tahun ini melalui tempoh SSM akan sama tangga gaji dengan kumpulan naik mengikut skim SBPA. Mohon NUTP memperjuangkan kumpulan ini kenaikan 2 tangga gaji kehadapan berbanding kumpulan SBPA. Sekiranya perkara ini dilaksanakan saya pasti rasa kekecewaan lampau terubat dan kerajaan juga tidak terbeban untuk bayar tunggakkan. Harap maklum dan ambil tindakan sewajarnya.
Pensyarah DG44 dari DG2941 yang terus teraniaya!!!

DON said...

bodo jer buat komen kat NUTP kami kat jerantut siap bagi cadangan lagi kat NUTP panggil mereka berdialog dengan presiden NUTP Pahang mengenai hal DG29/41... tapi habuk pun tarak.Kalau nk selesai isu ni kena mengadu kat kerajaan lain lps PRU 13 tumbangkan BEEND

Anonymous said...

Tumbangkan kerajaan BN belom pasti isu DG2941 akanselesai tukar ja Pimpinan NUTP kerana kita kena bbuktikan PPPS yang memimpin NUTP kelak lebih adil dan saksama. tak pon PPPS tibihkan kesatuan sendiri bergerak atas kebajikan PPPS. dan jng lupa PPPS perlu juga memperjuankan kebajikan semua ahli terutamanya bab CRK dan istilah keluarga terdekat. Ibubapa mertua pakcik makcik klu bak sakit atau meninggal bukan boleh aturkan saatnya masa cuti sekolah . lain lakenduri kendara kerja kahwin atau sunat anak. Harap isu CRK 7 hari ni diperjuangkan juga kerana ini melibatkan masalah bersama warga pendidik.

Anonymous said...

Dah cukup mengadu pada NUTP,tidak nampak sebarang perubahan,walaupun sudah lebih kurang 7 tahun berlalu. marilah kita bersama-sama berjuang dengan bantuan peguam. Kita sebulat suara berdiri teguh dengan pendirian kita untuk dapatkan tiga tangga anjakkan gaji.

Anonymous said...

Saya juga senasib w/pun sudah hampir melangkah ke dg48...tetapi jauh ketinggalan dari segi gaji bebanding JUNIOR EXPPLD(yg merasa anjakan PELARASAN JULAI 2007 kemudian melangkah ke skim Siswazah dgn gaji mula yg cukup tinggi melebihi gaji guru SENIOR EXPPLD yg sudah berbelas tahun memasuki skim siswazah AKIBAT DARI PELARASAN PAK LAH JULAI 2007. W/pun berbagai usaha dibuat ...1HPG & Time-based 3+7 hgglah 3+5 tapi dlm kalangan guru SENIOR EXPPLD tak ada apapun penambahbaikan yg membela nasib ke arah peningkatan matagaji yg TERTINGGAL KE BELAKANG.Guru JUNIOR EXPPLD juga yg dpt untung,sudahlah dpt anjakan gaji yg tinggi semasa di skim bukan siswazah kemudian bila berpindah skim dpt pula 1HPG (Peliknya Guru SENIOR lantikan keskim siswazah sebelum JULAI 2007 pulak tak dpt)kemudian diberi lagi time-based 3+7 & sekarang ni 3+5 menyebabkan masalah JUNIOR MENGATASI SENIOR tak pernah ada penghujungnya!!!
Saya cadangkan setiap guru SENIOR Exppld(berada di skim siswazah sebelum JULAI 2007) diberi anjakan yang sama dengan guru skim bukan siswazah bermula dari PELARASAN PAK LAH JULAI 2007 utk penetapan gaji mulai 2012 (PENAMBAHBAIKAN SSM).Supaya masalah tidak berlarutan, SETIAP GURU SENIOR HARUS DIBERI PELUANG MERASA PELARASAN (PAK LAH JULAI 2007)YANG SAMA DGN JUNIOR. Melalui pelarasan tersebut, penentuan anjakan gaji setiap guru Exppld SENIOR diskim siswazah adalah berdasar kpd gaji akhir masing-masing sebelum ke skim siswazah. Contohnya saya guru SENIOR EXPPLD lepasan diploma UPM, matagaji akhir P1T18 skim bukan siswazah sebelum melangkah ke skim siswazah masih kekal P1T4(basic fresh degree)w/pun selepas pelarasan PAK LAH JULAI 2007. Sedangkan kalau kami dikelopmpok sama dgn JUNIOR Exppld dr segi pelarasan, gaji saya sepatutnya teranjak 7 matagaji menjadi P1T11 di Dg41 dan seterusnya kiralah mcm biasa diskim siswazah masa tu. BARULAH SETARA EXPPLD SENIOR-JUNIOR. Ini tidak dilaksanakan meyebabkan ada yg BENAR-BENAR RUGI,RUGI,TAK ADA APA-APA KESAN dan ada yg UNTUNG & BENAR-BENAR UNTUNG. Hingga sekarang dan sampai bila-bila pun kami guru-guru SENIOR Exppld dg29/41 ni sentiasa berada di basic matagaji setiap kali melangkah gred. HARAP NUTP AMBIL PERHATIAN UNTUK MEMBAIKI KELEMAHAN PELAKSANAAN PELARASAN PAK LAH JULAI 2007 AGAR KAMI GURU-GURU SENIOR MENDAPAT KEADILAN DAN HAK KAMI AGAR SETARA DGN GURU JUNIOR SEBELUM KAMI BERSARA SELARAS DGN PENAMBAHBAIKAN SSM!
Saya (No.ahli NUTP:08-00251908) ada bukti yg kukuh menunjukkan guru SENIOR jauh ketinggalan berbanding JUNIOR.Di sekolah saya ada guru Exppld (sebaya umur) asal lepasan STPM maktab perguruan memasuki skim siswazah pada tahun 2010 menikmati gaji yg lebih tinggi dari saya sedangkan saya (Exppld lepasan diploma UPM) masa tu dah 14thn di skim siswazah dah berada 4thn di dg44 dgn P2 semasa di dg41 sbb lulus PTK. Hingga sekarang selepas pelarasan 13%, gaji dia yg belum pun 3thn diskim siswazah semakin jauh meninggalkan gaji saya yg dah melangkah ke ambang 15thn diskim siswazah. RENUNG-RENUNGKAN LAH....... DIHARAP ADA SINAR PENAMBAHBAIKAN UNTUK KAMI GURU SENIOR EXPPLD.....

Anonymous said...

Saya ingin MEMBUAT PEMBETULAN bagi KESILAPAN KOMEN SAYA di atas,sebenarnya yang tak dapat 1HPG tu adalah GURU SENIOR Exppld lantikan ke skim siswazah sebelum JULAI 1997 bukannya sebelum JULAI 2007. Harap maaf dan harap pengunjung blog ini dr kalangan guru SENIOR EXPPLD dg29/41/44....dg48 dpt beri komen ke arah PENAMBAHBAIKAN MASALAH SENIOR-JUNIOR ni.
Dengan menggunakan KAEDAH MELIHAT GAJI AKHIR SETIAP GURU EXPLD UTK PENENTUAN MATAGAJI DI DG41 BERASASKAN PELARASAN JULAI 2007- GAJI BASIC GURU-GURU SENIOR EXPPLD YG BERADA DI SKIM SISWAZAH SEBELUM JULAI 2007 akan setara dgn PEMBERIAN BASIC GAJI GURU JUNIOR EXPPLD(masuk ke skim siswazah mulai/selepas JULAI 2007). Barulah adil. Secara logik akal GURU EXPPLD SENIOR AKAN MEMPEROLEHI MATAGAJI LEBIH BERBANDING GURU EXPPLD JUNIOR - BARULAH BETUL KAEDAHNYA!!!!! GURU EXPPLD SENIOR bukan minta back-dated perlaksanaannya TAPI biarlah sebagai PENAMBAHBAIKAN SSM yg PERLU DILAKSANAKAN ANJAKAN GAJINYA MULAI 2012 bukan dibiar tanpa penghujungnya dimana GURU SENIOR EXPPLD(bukan semua)TERUS RUGI DAN RUGI.......
Contohnya saya,jika mengikut PELARASAN PAK LAH JULAI 2007, maka basic gaji saya akan teranjak dari P1T4 ke P1T11 di dg41 (sbb gaji akhir saya di skim bukan siswazah adalah P1T18)dan selepas 10 thn iaitu pada Januari 2007 akan bergerak ke P1T9 di Dg44 (sbb tlh lulus PTK masa didg41- bukannnya mcm pengiraan sekarang...kedg 44 pd matagaji P1T2)dan akhirnya guna time-based 3+5 yg belum digunakan lagi masa kedg44 utk kedg 48 mulai 2012 dgn matagaji yg lebih logik P1T6 (bukannya mcm sekarang ni,ke dg48 pun P1T1 itupun jenuh congak matagaji di dg44...silap-silap haribulan tak dpt on-time pun. NASIB...NASIB dah masuk 26thn servis dlm PERGURUAN w/pun bermula sbg guru LEPASAN DIPLOMA UNIVERSITI serta MELEPASI 15thn DLM SKIM SISWAZAH tapi gaji CIPUT HANYA 4 RIBU LEBIH SIKIT manakala GURU JUNIOR EXPPLD ASAL SAMA JE SKIMNYA tapi baru TAK SAMPAI SETAHUN JAGUNG DLM SKIM SISWAZAH masih DI DG41 tapi GAJINYA FULAMAK LEBIH DARI GURU SENIOR EXPPLD YG DAH KUTAI NAK MASUK DG48 ni.
NUTP HARUS MELAKUKAN SESUATU UNTUK PENAMBAHBAIKAN. SUDAH 5thn lebih perkara ni berlaku. TOLONGLAH LAKUKAN PENAMBAHBAIKAN !!!!!!
Kalau perkara ini tidak ditangani SUDAH TENTU GURU SENIOR EXPPLD akan BERSARA DGN GAJI YANG RENDAH..KESIAN,dah ramaipun yg bersara dgn gaji yg rendah tapi masih mengharap dan LAGI KASIHAN dah ramai juga yg dah MENINGGAL sebelum sempat merasa PENAMBAHBAIKAN YANG DIHARAP!!!!!!!!

CIKGU 1 MALAYSIA said...

RUGINYA GURU DG29 DIABAIKAN KENAIKAN DG32..KINI AMAUN GAJI TERTINGGAL...DITINGGAL..MENINGGAL TAK MAMPU NAK KEJAR..GURU TANPA IJAZAH BERUNTUNG..TAK BERHUTANG PTPTN...TAK BLACKLIST

INILAH KESAN KETIDAKBIJAKAN ORANG YANG MEMBUAT EROLMEN GAJI YANG TELITI..KITAA/AWAK/KAMI GURU MALAYSIA /1 MALAYSIA SUDAH JADI MANGSA

CUBA TENGOK GAJI SAYI NI...WAJAR TAK?

SAYA RAKAN DIPLOMA
MULA MNGAJAR 1984 1996
KELULUSAN DIPLOMA 84-2002 1996-2012
IJAZAH 2004-2012 TIADA
GAJI POKOK 2012 RM3250.00 RM3285.00
GRED SEKARANG DG41 DG32

LIABILITI KEHILANGAN
PTPTN RM21000 TIADA
GAJI SPARUH RM36000

PANGKAT BARU BLCKLIST BANK
BLAKLIST PTPTN TIADA

SIAPA NAK BELA?

DAH JUMPA NUTP...TUGAS NUTP SEKARANG BUKAN NAK BELA GURU,DIA CUMA PANDAI CARI DAFTAR AHLI BARU,JUAL INSURANCE...DAH JADI KAMBING HITAM.kALAU ANA JADI AHLI....ANA MALU PADA DIRI SENDIRI...

BUKAN ANA TAK PERNAH MENYALAK...PERNAH KE BIRO PENGADUAAN AWAM PUTRA JAYA JAB PERDANA MENTERI..MEREKA BUAT TAK TAHU DAN JAWAPAN YANG TAK MASUK AKAL...SAYA PUN HAIRAN MACAM MANA DATO NAJIB TAK BOLEH SELESAI HAL NI....KATA RAKYAT DIDAHULUI MACAM MANA? SATU MALAYSIA .....SUSAH DAN PELIK.Lagi tinggi kita belajar...lagi tak laku sijil kita agaknya...

SIAPA YG NAK BELA KITA?..ANA DAH CUBA JUGA HANTAR KE media CETAK TERKENAL ...TAPI TAK DISIARKAN...

Anta kesian dgn rakan2 yg berjuang utk bangsa dan reformasi ilmu tetapi kecundang dlm melawan perasaan....KINI TIMBUL...ada yang tak rela gaji ku separuh,MENYESAL AKU BELAJAR,SIJIL AKU TAK LAKU,BENCINYA TENGOK SLIP GAJI,RAMAI KAWAN DAH BANKRAP,BLACKLIST,SAKIT JIWA,HILANG SEMANGAT,, N ADA YG DAH MENINGGAL,,,SEDIH BILA FIKIR2 HUTANG BELAJAR TAK HABIS WALAUPUN SUDAH MENINGGAL....

Apakah resolusi KITA SEKARANG?Apakah gaji guru tu mengikut NASIB?
DULU MASA SEKOLAH RENDAH PERNAH ANA TAK BELAJAR KRN CIKGU MOGOK...

CIKGU 1 MALAYSIA said...

SAYA dan RAKAN DIPLOMA
ana MULA MNGAJAR 1984 .. rakan 1996
KELULUSAN DIPLOMA 84-2002.. rakan 1996-2012
IJAZAH 2004-2012 .. rakan TIADA
GAJI POKOK 2012 RM3250.00.. rakan RM3285.00
GRED SEKARANG DG41 .. rakan DG32

LIABILITI KEHILANGAN
PTPTN RM21000 .. rakan TIADA
GAJI SPARUH RM36000

PANGKAT BARU BLCKLIST BANK
BLAKLIST PTPTN .. rakan TIADA

Anonymous said...

Saya dah nak muak dengan alasan NUTP yang pelbagai...benda yang mudah diselesaikan masih nak tunggu lagi...sampai bila isu dg29/41/44 ade penghujungnya?
Bukti kita ade dan tahu nyata depan mata...mengapa kpm,cupecs dan nutp serta spp tak boleh buat sesuatu....saya kesal sikap mereka ini.

Anonymous said...

memang betul kata tuan....saya dh letih berkhid mat 31 tahun 2013, exppld..10 thun exppld 21 thun dlm ijazah tapi tk dapat menggunakan exppld ke dg 48.....saya rasa sangat letih n kecewa, dah berkira2 nk pencen awal...gaji sangat rendah dg 44, di mana silapnye tk tahu

Anonymous said...

saya dh kecewa, letih n lemah semangat, dh kerja 31 tahun exppld 10 tahun, 21 thun ijazah, tapi tak gunakan exppld yang 10 tahun, gaji sangat rendah masih dg 44.

Anonymous said...

saya belum menggunakan exppld selama 10 tahun....lantikan dg 44 2006, berkhidmat tahun 1982 hingga sekarang sudah 31 tahun masih berada di dg 44, tak dapat naik dg 48 kerana gaji 2002 di p1 t10...tolongkah selesaikan masalah n, surat dikeluarkan mengatakan saya tidak layak ke dg 48 sebbab gaji dg 44 masih tak cukup syarat....sata ada honours semasa ijazah ( kelas dua atas kepujian) ijazah tahun 1996.

Anonymous said...

rasa rasa nk pencen awal kerana rasa sangat tak puas hati..31 rahun berkdmat masih dg 44, exppld 10 tahun mula berkhudmat 26.4.1982...ijazah 1996 dengan kepujian...tak dapat dg 48 kerana gaji 2002 p1 t10.

abm said...

Saya bekas ppld. Lantikan dg 41 1 jun 1998, lantikan dg 44 16/5/2008. Kawan2 saya yg tak amhil 16/5/2008 dah dpt dg 48 sebab dia dpt 3 +1. Saya hanya dpt 15 hari sahaja. Saya ada buat rayuan kat bhg sumber kl bersama dengan surat sokongan dari nutp tapi sampai sekarang tak dpt apa2 maklum balas dari bhg sumber manusia kl. Jika ada rakan2 yg senasib sika berikan komen. Agar kita dpt borkongsi bersama

Post a Comment