:: Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Tuhan

www.pendidikmy.net

21 March 2009

1,000 ditawar guru kontrak

* Pandangan anda dialu-alukan~ Pengendali Blog.

Sumber:
Utusan Malaysia |21 Mac 2009|


Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak 1,000 siswazah akan dilantik sebagai guru kontrak di bawah program Tenaga Pengajar Secara Kontrak dengan peruntukan RM48 juta.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, guru-guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya pada Mei ini.

Beliau berkata, peluang tersebut dibuka kepada semua peringkat pencari kerja sama ada siswazah atau mereka yang sedang mencari pekerjaan.

"Proses pengambilan akan bermula dalam tempoh terdekat dan makluman tentang tawaran itu akan dikeluarkan dalam portal kementerian sedikit masa lagi.

"Pengambilan mereka akan melibatkan semua kategori sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah di seluruh negara termasuk sekolah sukan, sekolah menengah teknik, sekolah agama dan lain-lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan belanja mengurus sebanyak RM144 juta, diagihkan di bawah bajet mini yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac lalu.

Daripada keseluruhan RM60 bilion yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua itu, sebanyak RM2.093 bilion disediakan kepada bidang pendidikan iaitu meliputi RM1.949 bilion bagi pembangunan pendidikan selain RM144 juta untuk belanja mengurus.

Hishammuddin berkata, setakat ini kementerian sedang menunggu syarat-syarat pelantikan yang sedang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi digunakan oleh semua kementerian.

"Kementerian bagaimanapun telah membuat persediaan bagi membuat pelantikan itu demi memastikan segala keputusan yang dihasratkan menerusi pakej rangsangan ekonomi tersebut dapat dilaksanakan seberapa segera," katanya.

Beliau turut menyambut baik kenyataan Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor untuk menempatkan 3,000 siswazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah-sekolah.

"Saya berharap usaha ini dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sekali gus merangkaikan warga sekolah secara interaktif melalui Schoolnet," katanya.

9 komen:

GURU_CIKGU said...

Satu usaha murni KPM. Mungkin ada ilmu dan kemahiran yang mereka miliki boleh diterapkan kepada pelajar sekolah. Paling menarik andainya mereka mempunyai kemahiran dalam bidang sukan dan berpersatuan.

Mungkin untuk mereka yang berperestasi tinggi dan terpilih, KPM boleh menghantar ke IPG untuk mendapat latihan. Selepas mendapat latihan, mereka mungkin boleh diserap sebagai guru terlatih.

Bagi yang berprestasi rendah dan hanya menjadi penumpang, gantikan sahaja dengan orang lain yang lebih berminat dan sedia memberi khidmat.

Walau bagaimanapun, perlu ada 'terma' yang menyatakan KPM tidak terikat untuk menyambung terus kontrak mereka kerana dikhuatiri golongan penumpang akan menggunakan Kesatuan Sekerja untuk mendesak kontrak mereka disambung tanpa putus.

Anonymous said...

Saya cari juga tentang tawaran sebagai guru kontrak ini di laman web KPM. Tapi sampai hari ini tidak ada sebarang maklumat. Saya memang berminat, tetapi tidak tahu di mana saya boleh dapatkan maklumat terkini tentang tawaran ini.

Anonymous said...

sampai hari ni tak dengar lagi berita ttg guru kontrak ni semenjak menteri pendidikan dah tukar. Pa cer?

Anonymous said...

ada pemberitahuan dlm moe. temuduga terbuka di kebanyakkan negeri pada 13/5/09, hr rabu

Guru Cyber said...

Good Luck kepada yang pergi temuduga guru kontrak tersebut. Boleh lawat link di bawah untuk tips temuduga.

http://kpli2u.blogspot.com

Anonymous said...

Ini satu tindakan yang tidak rasiaonal dimana membelanjakan duit untuk orng yang bukan professional dalam bidang perguruan. Saya seorang guru di sekolah tempatan dapat lihat guru kontrak yang tidak mengajar di sekolah malah bersembang dengan satu sama lain. Adakah patut beri mereka Rm2300 khas ubtuk bersembang di sekolah? bayarlah duit itu kepada guru yang terlatih.......Tolonglah fikir rasional sikit

Anonymous said...

Anonymous said...

Ini satu tindakan yang tidak rasiaonal dimana membelanjakan duit untuk orng yang bukan professional dalam bidang perguruan. Saya seorang guru di sekolah tempatan dapat lihat guru kontrak yang tidak mengajar di sekolah malah bersembang dengan satu sama lain. Adakah patut beri mereka Rm2300 khas ubtuk bersembang di sekolah? bayarlah duit itu kepada guru yang terlatih.......Tolonglah fikir rasional sikit

reply to dont jump to conclusion...

jika anda mengatakan guru kontrak benar-benar tidak terlatih dan hanya dibayar kerana bersembang..sejauh manakah kebenaran itu?jangan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.kerana jumlah minoriti guru kontrak sebegitu anda terus membuat kesimpulan bhawa semua guru kontrak begitu..anda seorang guru juga kan.setahu saya seorang guru yang professional, berpendidikan dan terlatih tidak membuat kenyataan seperti anda.judge yourself before u want to evaluate others.sometms we x not know how good we are.the way how u see/evaluate/observed othr, its also the way how they look at you.

vaen said...

Bagaimanakah yang dikatakan Guru Kontrak yang berprestasi tinggi? Saya ditempatkan di pedalaman 3, 9jam jalan kaki. Siapakah yang akan menetapkan tahap saya?
Saya juga tidak bersetuju guru terlatih seperti di atas bertindak seperti setitik nila kepada guru-guru kontrak. Saya sendiri berhempas pulas untuk mendapatkan peluang DiSERAPKAN secara guru tetap kerana masa depan saya belum terjamin. KPM tolonglah.. Saya dibayar RM2300 tapi di pedalaman 3, tidak dibayar elaun RM1500 juga sanggup. Guru kontrak lain ditempatkan di bandar juga mendapat upah yang sama tanpa mengharungi perjalanan kaki 9jam ke hutan belantara.

vaen said...

Saya ada mendapat khabar berbukti bahawa ada beberapa guru tetap yang pada asalnya ialah guru seperti saya iaitu guru kontrak. mereka dihantar ke ipg untuk menjalani latihan. tolong bagi saya jalan agar mendapat peluang itu. saya sedia ditempatkan di tempat asal saya bertugas sebagai guru kontrak pedalaman 3 yang tidak dibayar elaun(buat masa ini : 15Jun09-31Disember09) dan tiada jalan raya yang terpaksa berjalan kaki 8-9jam.
Saya juga telah berusaha dalam KPLI sebanyak 5kali namun masi tiada rezeki. KPM tolonglah saya berminat sangat-sangat bidang ini setelah banyak yang saya harungi.

Post a Comment